0
A+ A-
Peristiwa paling tidak dapat dilupakan yang berlaku di tahun 1980-an | Siapa antara anda yang berkesempatan untuk hidup masa tahun 1980-an? Macam kami ni semuanya muda lagi tak sempat nak rasa hidup pada zaman tu. Tapi kami buat research banyak benda yang berlaku, suka dan duka pada zaman 1980.

Antaranya pasukan bola sepak memboikot untuk menyertai sukan Olimpik di Moscow, zaman Sudirman jadi kegilaan rakyat Malaysia dan macam-macam lagi lah! Kalau korang nak tahu lebih mendalam lagi cuba tanya lah mak, ayah, pakcik, makcik, atuk yang hidup ketika itu.

9 Peristiwa menarik yang berlaku pada tahun 1980-an

Tapi sebelum itu, menerusi Oh Bulan, kami kongsikan antara perkara yang menarik berlaku pada 1980.

1) TV warna diperkenalkan

Peristiwa paling tidak dapat dilupakan yang berlaku di tahun 1980-an

Pada Februari 1980, Televisyen warna telah diperkenalkan buat pertama kalinya di negeri Sabah dan Sarawak. Pada zaman dulu, kalau siapa yang ada TV warna dianggap orang berada la sebab mampu beli.

Sekarang ni bukan TV color je, TV nipis, TV 3D, TV gantung segala jenis TV ada di zaman moden ni.. Huhu

2) Sudirman sebagai ‘Michael Jackson’ Malaysia!

Peristiwa paling tidak dapat dilupakan yang berlaku di tahun 1980-an

Arwah Sudirman Haji Arshad ni sememangnya ‘Legend’ dan menjadi idola di hati masyarakat di Malaysia. Sampai sekarang kalau orang serbut nama Sudirman mesti diorang akan terkenang lagu-lagu popular sepeti Salam Terakhir, Basika Tua dan Balik Kampung.

Paling tak boleh lupa bila Sudirman buat persembahan di Chow Kit Road pada 14 April 1986. Hampir 100, 000 yang turun padang untuk saksikan persembahan idola mereka. Epik gila beb!

3) Pemain bola sepak paling ‘Legend’

Peristiwa paling tidak dapat dilupakan yang berlaku di tahun 1980-an

Mokhtar Dahari ni kiranya Cristiano Ronaldo pada zaman dulu la. Sangat lincah dan menjaringkan banyak gol untuk pasukan Malaysia dan pasukan Selangor. Sebut sahaja Mokhtar Dahari, ramai pemain antarabangsa yang kenal dengan kelibat beliau.

Paling ingat sekali apabila Mokhtar Dahari menjarinkan 2 gol ketika menentang Arsenal di Stadium Merdeka. Lawan Arsenal kot beb! Bukan calang-calang tu.

4) Yaohan shopping mall terbesar di KL

Peristiwa paling tidak dapat dilupakan yang berlaku di tahun 1980-an

Sekarang ni di Kuala Lumpur penuh dengan shopping mall seperti Pavilion, Berjaya Times Square, Lot 10 dan macam-macam lagi. Tapi tahukah anda pada zaman 1980an, Yaohan mall merupakan mall yang paling besar di Kuala Lumpur. Woww!

5) Pasar seni dibuka buat kali pertama

Peristiwa paling tidak dapat dilupakan yang berlaku di tahun 1980-an

Tipu lah siapa yang tak pernah sampai ke Pasar Seni. Pasar Seni merupakan salah satu tempat yang menarik dan tumpuan bagi pelancong dari luar negara. Oh ya, Pasar Seni atau Central Market telah dibuka buat kali pertama pada Februari 1986. Wahh lama gila.

6) Mee kari RM1? Mana nak dapat oii

Peristiwa paling tidak dapat dilupakan yang berlaku di tahun 1980-an

Best nya hidup pada zaman dulu. Semua barang harga tak teruk macam sekarang ni. Korang bayangkan, dulu harga makanan macam mee kari, nasi lemak harga serendah RM1 je. Zaman sekarang ni mana nak dapat harga macam tu. Huhuhu

7) Jambatan Pulau Pinang yang ‘Famous’!

Peristiwa paling tidak dapat dilupakan yang berlaku di tahun 1980-an

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang paling panjang di Malaysia dan juga keempat terpanjang di Asia Tenggara. Tahukah anda jambatan Pulau Pinang mula dibina pada tahun 1982 dan siap pada tahun 1985.

Eh 3 tahun je dah siap? Power gila.. Pembinaan jambatan ini telah memakan perbelanjaan sebanyak RM850 juta.

8) Kita kenal bendera negara lain sebab…

Peristiwa paling tidak dapat dilupakan yang berlaku di tahun 1980-an

Siapa ingat lagi pemadam yang ada bendera negara di seluruh dunia ni. Mengaku je laa, sebenarnya pemadam ni yang membantu kita untuk tahu rupa bendera dan nama negara orang lain.

Ada juga yang jenis kumpul pemadam ni sampai satu dunia lengkap buat koleksi. Paling tak pun korang akan guna pemadam ni untuk ‘fight’ dengan member. Macam kat bawah ni;

Peristiwa paling tidak dapat dilupakan yang berlaku di tahun 1980-an

9) National barang elektronik paling trending

Peristiwa paling tidak dapat dilupakan yang berlaku di tahun 1980-an

Pada zaman 1980an, National merupakan jenama barangan elektrik paling terkenal di Malaysia. Bila sebut sahaja ingin beli barang seperti mesin basuh, television atau pun rice cooker, pasti orang akan cari jenama National sampai lah zaman sekarang.

Tapi korang tahu tak sekarang jenama National telah ditukar ke Panasonic. Wahhh dah advance la! Panasonic sekarang merupakan antara jenama paling terkenal di dunia. Terbaik!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top