0
A+ A-
Penyerang Selangor dipilih pemain terbaik Asia Tenggara | Penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri, yang menjaringkan dua gol penting ketika Selangor menjuarai Piala Malaysia kali ke 33 baru-baru ini telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Asia Tenggara minggu ini oleh laman web bola sepak antarabangsa, Goal.com.

Menurut laman web bola berkenaan, Hazwan yang merupakan anak kelahiran Labuan menunjukkan kecekalan yang tinggi dan prestasi yang memberansangkan pada musim ini dengan muncul wira untuk aksi-aksi penting.

Ahmad Hazwan Bakri dipilih pemain terbaik Asia Tenggara

“Dia membuktikan sentuhan penyudah berbisanya Sabtu lalu dengan jaringan dua gol untuk memberi tekanan kepada pasukan Kedah.

“Itu adalah sumbangan terbesarnya buat pasukan, sekali gus membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia dan menamatkan kemarau kejuaraan itu selama 10 tahun,” tulis Goal.com.

Selain itu, faktor beliau menjaringkan dua gol awal pada awal pelawanan dan awal separuh masa kedua dalam perlawanan akhir Piala Malaysia membuktikan kehebatannya bersama pasukan Selangor.

Menerusi pemilihan ini, Ahmad Hazwan Bakri menewaskan dua calon lain iaitu penjaga gol Saraburi FC, Pisan Dokmaikaew dan juga penjaga gol Semen Padang, Jandia Eka Putra.

Penyerang Selangor dipilih pemain terbaik Asia Tenggara
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top