0
A+ A-
'Saya sedia bogel untuk dibayar, melacur? Jauh sekali!' - Nikita Mirzani | Artis yang dikaitkan dengan sindiket pelacuran, Nikita Mirzani tampil menafikan dirinya pernah memperdagangkan diri seperti didakwa beberapa pihak.

Bercakap dalam satu rancangan televisyen semalam, pelakon filem Perempuan-perempuan Liar itu memberitahu orang ramai tidak sepatutnya didedahkan dengan cerita sebelah pihak saja.

"Dalam hal ini saya menjadi mangsa kerana saya ada keluarga yang besar, selain status sebagai ibu tunggal," katanya sambil menangis di Kelab Peguam Indonesia.

Rakaman temubual itu dimuat naik di YouTube.

Kata Nikita, ketika dia ditangkap polis turut merampas telefon genggangnya.

Dia juga menafikan terbabit dalam aktiviti pelacuran bersama dua suspek bapa ayam - yang setakat ini hanya dikenali seabgai "F" dan "O".

"Nama saya sudah busuk dan orang ramai menghakimi saya sebagai pelacur dan lain-lain," katanya.

Akui rela berbogel asal dibayar, Nikita Mirzani nafi melacur

Nikita dan belas peserta Miss Indonesia 2014, Puty Revita (gambar) ditangkap polis dalam operasi penyamaran khas di sebuah hotel lima bintang di Jakarta Pusat pada malam Khamis lalu.

Turut dirampas dalam serbuan di bilik hotel itu adalah pakaian dalam, wang dan kondom.

Dalam temubual itu juga Nikita mengakui dia memang bersedia berbogel untuk diambil gambar jika itu memang berbayar.

"Itu lebih baik daripada saya menjual diri kepada orang lain.

"Lebih baik saya telanjang, saya dibayar, tidak merugikan orang lain. namun digelar pelacur, saya tak boleh terima tuduhan itu," katanya.

Sementara itu sumber polis memberitahu media tempatan, pihak berkuasa mengesan kemungkinan ada suspek bapa ayam ketiga selepas mereka menyoal siasat F dan O.

Kali ini, suspek lelaki itu digelar sebagai "A".

Ketika ini F dan O sedang ditahan polis dan masih disiasat.

Media pula melaporkan polis akan mengambil keterangan daripada Nikita dan Puty hari ini.

Ia adalah pertemuan kedua antara mereka dengan polis.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top