0
A+ A-
Jutawan Arab Saudi terlepas tuduhan merogol gadis dengan alasan tak masuk akal | Seorang jutawan dibebaskan daripada pertuduhan merogol, selepas mendakwa dirinya tersadung dan terjatuh, sebelum ‘menembusi’ kemaluan seorang gadis secara tidak sengaja.

Ehsan Abdulaziz, 46, pada awalnya didakwa merogol seorang gadis berusia 18 tahun itu yang tertidur di sebuah sofa, di pangsapuri lelaki itu di London, selepas meminum arak.

Pemaju hartanah Arab Saudi itu berkata, dia sudah mengadakan hubungan seks dengan rakan remaja itu yang berusia 24 tahun dan adalah munasabah untuk zakarnya terkeluar dari seluar dalamnya, ketika dia tersadung dan terjatuh.

Menurut laporan The Mirror, kumpulan itu berjumpa di sebuah kelab malam eksklusif di West End, London, tahun lalu, di mana jutawan terbabit telah menawarkan diri untuk menghantar kedua-dua wanita itu pulang.

Alasan pelik jutawan Arab Saudi yang terlepas dakwaan merogol gadis

Mangsa mendakwa, selepas meminum beberapa gelas arak di rumah lelaki itu di utara London, beliau tertidur di sofa.

Bagaimanapun, gadis itu mendakwa, ketika bangun, lelaki itu sudah berada di atasnya.

“Beliau bangun dan nampak defendan sedang menciumnya dan zakarnya berada dalam farajnya,” kata peguam, Jonathan Davies kepada Mahkamah Southwark Crown.

“Beliau tanya: ‘Apa awak buat?’ dan dia menjawab ‘Ia adalah okey’, merujuk kepada kawannya yang masih tertidur.

“Beliau bangun untuk mencari kawannya dan cuba mengejutkannya, tetapi tidak berjaya, beliau kemudiannya cuba keluar dari pangsapuri itu secepat mungkin.”

Abdulaziz mendakwa, dia tersadung dan terjatuh di atas badan remaja itu serta mangsa cuba menggodanya dan itulah caranya DNA dia berada di faraj gadis terbabit.

“Saya lemah, saya terjatuh, tetapi tiada apa yang berlaku antara saya dan gadis ini, tiada apa yang berlaku (antara kami),” kata tertuduh.

Lelaki itu turut memberitahu mahkamah, boleh jadi air maninya berada di tangannya, selepas mengadakan hubungan seks dengan rakan gadis berkenaan.

Juri hanya mengambil masa 30 minit untuk berbincang, sebelum membuat keputusan untuk membebaskan Abdulaziz.

Catat Ulasan Blogger

 
Top