0
A+ A-
Pemilik Akaun Media Sosial Palsu Diberi Amaran Oleh Siti Nordiana | Penyanyi Siti Nordiana memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak mewujudkan akaun Instagram palsu serta laman-laman sosial lain menggunakan namanya dengan tujuan mengambil kesempatan terhadap peminat-peminatnya.

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan sapaan Nana, 31, berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu terdapat sebanyak 14 akaun Instagram palsu menggunakan namanya sehingga mengundang kekeliruan peminat lapor Mstar.

Amaran Siti Nordiana Kepada Pemilik Akaun Palsu

“Apabila saya search nama sendiri di Instagram, banyak akaun palsu pula. Sehinggakan individu yang tidak bertanggungjawab ini bersungguh-sungguh mahu mengesahkan kepada peminat-peminat saya bahawa dia adalah Siti Nordiana.

“Mungkin benda ini dilihat remeh, tetapi ia buatkan saya risau kerana peminat boleh tertipu. Andai kata individu tersebut cuba mengambil kesempatan terhadap peminat-peminat, ia akan memburukkan nama saya,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Siti Nordiana mengulas mengenai beberapa individu yang cuba  mengambil kesempatan menggunakan namanya dengan mewujudkan akaun palsu di Instagram.

Tambah Nana, dia berharap pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah membuang akaun palsu berkenaan.

Setakat ini, Nana mempunyai kira-kira 380 ribu pengikut Instagram.

Sementara itu, beritahu Nana, dia tidak putus-putus menerima undangan persembahan sejak bergelar juara program Gegar Vaganza 2 pada 13 Disember lalu.

Kesibukan itu membuat Nana tidak mempunyai masa untuk berehat dan berjumpa dengan anak lelaki tunggalnya, Ryyan Nakhaie, 7, yang menetap di Seremban.

“Sejak habis Gegar Vaganza 2, saya belum bercuti lagi. Setiap hari saya bekerja tanpa henti.

“Berbeza dengan sebelum menyertai program itu, saya hanya memenuhi jemputan nyanyian seminggu sekali sahaja.

“Mujurlah anak saya faham yang ibunya bekerja mencari rezeki. Saya bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang,” tuturnya.

Dalam pada itu, kata Nana, dia juga tidak menyangka bahawa kehidupan hariannya kini berubah mendadak terutamanya penerimaan yang cukup baik daripada masyarakat.

“Kalau dulu, saya hanya mempunyai sekelompok peminat yang sangat setia. Tetapi sekarang ini, semakin banyak.

“Malah dahulu saya tidak dapat layanan seperti sekarang. Perniagaan jubah menerusi label ‘Paling Comel’ juga semakin laris. Alhamdulillah. Saya anggap perkara ini sesuatu yang positif,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nana bakal muncul sebuah single lagu baharu pada tahun depan.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top