0
A+ A-
MAS dapat amaran | Malaysia Airlines (MAS) menerima amaran pertama berhubungan kegagalan syarikat penerbangan itu memastikan penumpang yang membabitkan perjalanan dari Myanmar ke KLIA tidak menjalani pemeriksaan Jabatan Imigresen baru-baru ini.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, amaran itu diberikan sebagai peringatan kepada syarikat tersebut supaya mematuhi peraturan Imigresen.

Amaran untuk MAS

“Saya difahamkan pesawat Mas MH741 yang membawa 135 penumpang terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kerana masalah cuaca buruk tetapi hanya 32 penumpang termasuk lima kru diperiksa Imigresen.

“Selebihnya 103 orang ditukarkan menaiki pesawat lain tanpa menjalani sebarang pemeriksaan Imigresen tiba di KLIA sebagai penumpang domestik.

“Saya memberi amaran kepada semua syarikat penerbangan yang membawa penumpang antarabangsa supaya mematuhi undang-undang negara kerana ini juga membabitkan isu keselamatan,”katanya.

Catat Ulasan Blogger

 
Top