0
A+ A-
Rayani Air, penerbangan patuh syariah pertama Malaysia | Pasti anda tertanya-tanya apakah yang menarik dan istimewa dengan syarikat penerbangan baharu Rayani Air.

Menerusi Says.com, kami kongsikan 7 perkara menarik mengenai Rayani Air.

1. Rayani Air merupakan syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang beroperasi berlandaskan patuh shariah

Sebagai syarikat penerbangan patuh shariah, krew kabin yang beragama Islam diwajibkan menutup aurat.

Apa yang menarik tentang Rayani Air

“Kami mewajibkan anak kapal kami yang beragama Islam untuk berpakaian menutup aurat dan kepada yang bukan beragama Islam untuk memakai secara sopan.

“Dalam penerbangan kami juga, kami mempunyai polisi ‘tiada alkohol’ dan menyediakan makanan yang halal,” kata Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari.

2. Sebelum berlepas, bacaan doa akan diaminkan terlebih dahulu dalam setiap penerbangan. Tonton video:


Rayani Air, penerbangan patuh syariah pertama Malaysia

3. Rayani Air adalah syarikat penerbangan patuh shariah yang keempat di dunia selepas Royal Brunei Airlines (RBA), Saudi Arabian Airlines dan Iran Air

4. Syarikat penerbangan ini bukan jenis kos rendah. Ia menyediakan perkhidmatan penerbangan penuh sama seperti Malaysia Airlines.

“Kami adalah penerbangan perkhidmatan penuh (full service) seperti MAS. Pesawat kami menyediakan 16 tempat duduk kelas bisnes dan 128 kelas ekonomi,” jelas Jaafar.

Rayani Air kini memiliki 355 kakitangan yang melibatkan lapan juruterbang dan 50 anak kapal.

Setakat ini, Rayani Air menggunakan dua pesawat Boeing 737-400 yang dibeli dari Neptune Air Limited.

5. Langkawi dipilih sebagai pangkalan penerbangan Rayani Air kerana melihat lokasi itu sebagai destinasi utama pelancong yang datang ke Malaysia

Rayani Air, penerbangan patuh syariah pertama Malaysia

“Harapan kami keputusan menjadikan Langkawi sebagai hab operasi akan menyumbang ke arah menjadikan Langkawi sebagai hab pelancongan iaitu pelancong akan datang ke sini dahulu sebelum ke destinasi pelancongan lain di negara ini,” kata Jaafar lagi.

6. Rayani Air menyediakan perkhidmatan penerbangan secara domestik ke lima lokasi iaitu Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Bharu, Kuching, dan Kota Kinabalu

Rayani Air, penerbangan patuh syariah pertama Malaysia

Bahagian dalam Rayani Air yang sungguh segar dengan tempat duduk berwarna-warni yang selesa buat para penumpang.

Buat masa ini, Rayani Air akan melakukan penerbangan lima kali seminggu dengan penerbangan sulung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2)ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada Ahad, 20 Disember 2015.

Selain itu laluan penerbangan lain adalah ke Kota Bharu, Kelantan dan awal tahun depan Rayani Air akan melebarkan sayap ke Kuching, Sarawak serta Kota Kinabalu, Sabah.

7. Rayani Air bercadang untuk meluaskan rangkaian sehingga ke China dalam masa dua tahun dan membuka laluan khusus kepada penerbangan Umrah dan Haji

Rayani Air, penerbangan patuh syariah pertama Malaysia

Bagi tahun hadapan, syarikat penerbangan itu bercadang untuk menambah jumlah pesawat dan meluaskan rangkaian ke rantau Asia termasuk Jakarta dan Manila.

Jaafat turut berkongsi antara rancangan Rayani Air adalah membuka laluan ke Timur Tengah yang khusus kepada penerbangan umrah dan haji.

Dalam tempoh satu hingga dua tahun, Rayani Air juga menyasarkan untuk meluaskan pasaran di China.

Sejak dibuka untuk tempahan pada 13 Disember lalu, Rayani Air sudah mendapat sambutan baik dengan memperoleh antara 50 peratus hingga 60 peratus tempahan terutamanya untuk musim perayaan Cina tahun hadapan.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top