0
A+ A-
Timbalan Menteri Belia dan Sukan bantu mangsa kemalangan | Tindakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, M Saravanan, membantu mangsa kemalangan di Kilometer 8 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, di sini, hari ini, mencuri tumpuan pengguna jalan raya yang lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, Ahli Parlimen Tapah itu, yang dalam perjalanan ke Bukit Pelandok, Port Dickson, mengarahkan pemandunya berhenti bagi membolehkannya membantu empat mangsa yang masih berada dalam kereta yang terbabas itu lapor Berita Harian.

Apabila Timbalan Menteri Belia jadi hero

Beliau dilihat bersama-sama pengguna jalan raya lain, membantu mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di dalam kereta itu sebelum beredar selepas memastikan semua mangsa berada dalam keadaan stabil dan selamat. Saravanan yang memasukkan gambar kejadian itu di laman sosial Facebook beliau berkata, semua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau mengambil kesempatan itu mengingatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan kemalangan jalan raya. “Pesanan saya kepada semua rakyat Malaysia yang menggunakan jalan raya, berhati-hati memandu di jalan raya dan ingatlah keluarga tersayang yang menanti kepulangan anda,” katanya.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan bantu mangsa kemalangan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, ketika dihubungi berkata, polis belum menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa terbabit, sehingga jam 5 petang tadi. Difahamkan, semua mangsa terbabit belum membuat laporan berikutan masih mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Catat Ulasan Blogger

 
Top