0
A+ A-
Padah Culik dan Rogol Isteri Dalam Haid | Padah perlakuan kejam seorang juru kimpal melarikan isteri orang dan merogolnya ketika datang bulan, dia dihukum penjara 12 tahun dan enam sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, tadi.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap tertuduh yang berasal dari Kampung Bechah, Tendong, Pasir Mas lapor Sinar Harian.

Balasan Culik dan Rogol Isteri Ketika Datang Bulan

Muhammad Hanif Mazlan, 24, mengaku salah pada dua tuduhan merogol mangsa yang ketika itu berusia 23 tahun, di dua lokasi berasingan pada 10 April 2014.

Kejadian pertama berlaku antara jam 10 dan 11.30 pagi, di sebuah rumah Flat Taman Bahagia, di sini, manakala kejadian kedua berlaku antara jam 4 dan 4.30 petang, di sebuah rumah di alamat Desa Harmoni, Wakaf Che Yeh, di sini.

Bagi kedua-dua tuduhan itu, tertuduh dihukum penjara masing-masing 12 tahun dan tiga sebatan dan diarah berkuat kuasa serentak dari tarikh dia ditahan pada hari sama kejadian berlaku, menjadikan keseluruhan penjara yang perlu dijalani selama tempoh 12 tahun dan enam sebatan.

Sementara itu, tertuduh juga dihukum penjara setahun berkuat kuasa serentak atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan cubaan mengurungnya dengan salah di sebuah kedai makan di Jalan Pasir Mas – Salor, di sini, pada jam 4 pagi, hari sama.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top