0
A+ A-
Lelaki keji setubuhi anak tiri hingga hamil 4 bulan | Sungguh memilukan apa yang dialami oleh SM (13). Gadis sunti warga Desa Peusar, Kecamatan Panongan, Kabupaten Tangerang tersebut dipaksa berhubungan intim oleh ayah tirinya sendiri, JA (31) sehingga kini hamil empat bulan. 

Kejadian ini dilaporkan oleh ibu mangsa, SR (31) pada Rabu 26 Agustu 2015 lalu. Menurut laporan ibu mangsa kepada pihak polis, persetubuhan haram itu berlaku ketika SM menonton television di ruang tamu. Ketika itu JA menghampiri mangsa dan memaksanya untuk berhubungan intim. 

Bapa keji setubuhi anak tiri hingga hamil

Oleh kerana keadaan rumah yang sepi, mangsa dilaporkan berasa takut dan menuruti saja permintaan keji ayah tirinya itu tanpa melawan. 

"Semua (dilakukan) di rumah," ujar SR yang mendakwa suaminya itu sudah empat kali menyetubuhi anaknya.

Insiden ini terbongkar setelah nenek mangsa berasa curiga dengan perubahan bentuk tubuh pada mangsa. Nenek mangsa membawa beliau bertemu bidan dan akhirnya mengetahui cucunya tersebut telah hamil. 

"Dia terus ditanya oleh keluarganya siapa yang melakukan, dan awalnya mangsa enggan memberitahu, akhirnya mengakui bahawa yang melakukan hal tersebut adalah ayah tirinya," ujar neneknya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top