0
A+ A-
Ibu bapa bangga anak 3 tahun sudah pandai hafaz 23 surah al-Quran | Kebolehan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menghafaz 23 surah al-Quran, menyuntik semangat ibu dan bapanya untuk menjadikan dia seorang hafiz suatu hari nanti.

Muhammad Muaz Hanafi yang didedahkan dengan bacaan ayat suci al-Quran ketika masih bayi, mula mengenali huruf ketika berusia setahun sebelum menghafal satu persatu surah lazim. Ibunya, Nor Sakinah Abdullah, 27, berkata dia dan suaminya, Hanafi Mohamad, 35, sebelum ini memasang impian untuk memiliki seorang anak lelaki yang boleh menghafal 30 juzuk al-Quran.

Berikutan itu, katanya, ketika Muhammad Muaz dilahirkan, dia memperdengarkan anak sulungnya itu dengan bacaan ayat suci al-Quran 24 jam sehari. “Sejak dulu saya dan suami akan sentiasa membuka kaset dan siaran radio bacaan ayat suci al-Quran di rumah setiap hari lapor Berita Harian.

Budak 3 tahun hafaz 23 surah al-Quran

“Amalan ini diteruskan hingga hari ini yang mana secara tidak langsung ia membantu anak lelaki kami mempelajari al-Quran dan kini dapat hafaz 23 surah pada usianya yang baharu mencecah tiga tahun. “Saya bersyukur dengan kebolehannya itu dan berharap impian kami untuk melihat dia menjadi seorang hafiz akan termakbul,” katanya ditemui pada pertandingan hafazan sempena Karnival Tahfiz Semalaysia, di sini, hari ini.

Jelasnya, dia dan suami yang juga guru Pendidikan Islam mengambil peluang membawa Muhammad Muaz menyertai pertandingan berkenaan bukan mahu memburu kemenangan, sebaliknya memberi pendedahan awal apatah lagi pertandingan itu khusus untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun.

“Ini adalah pertandingan hafazan pertama yang disertai Muhammad Muaz yang mana dia sendiri ingin kami membawanya ke sini selepas melihat kanak-kanak lain menghafal al-Quran,” katanya. Lebih 30 kanak-kanak di seluruh negeri ini mengambil peluang menyertai pertandingan berkenaan yang dianjurkan Yayasan Mawar Pulau Pinang dan Koperasi Permata Al Quran itu dalam memantapkan bacaan dan hafazan ayat suci yang dipelajari.

Sementara itu, Hanafi berkata, selain memperdengarkan bacaan al-Quran melalui radio dan televisyen, dia dan isterinya juga mengambil kaedah mengajar dengan membuat kad mengandungi ayat suci yang boleh dibawa ke mana-mana supaya anaknya itu sentiasa bersama kitab suci itu.

“Setiap pendidikan bermula dari awal dan disebabkan itu saya mahu mendidik Muhammad Muaz mengenali al-Quran dari kecil supaya ia menjadi panduan dalam kehidupannya kelak,” katanya. 
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top