0
A+ A-
Pasukan bola sepak Kelantan akan ditaja Dato Seri Vida? | BEBERAPA hari lepas, penyokong bola sepak Kelantan menyarankan agar ahli perniagaan, Datuk Seri Vida, melakukan sesuatu untuk membantu masalah kewangan yang dihadapi pasukan tersebut.

Mungkin tergerak hati dengan pujukan rakyat Kelantan, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman semalam memuat naik gambar dan video bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, di akaun Instagram miliknya lapor Astro Awani.

Dato Seri Vida bakal taja pasukan Kelantan?
Kerjasama antara Datuk Seri Vida dan KAFA masih di peringkat perbincangan.



A video posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Akaun Instagram rasmi pasukan Kelantan juga turut memuat naik gambar yang sama.


Menerusi kapsyen pada gambar-gambar tersebut, boleh disimpulkan bahawa adanya usaha untuk menjalinkan ‘ikatan’ antara Datuk Seri Vida dan KAFA, berkemungkinan dari segi bentuk penajaan kepada pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) itu.

Setakat ini, belum ada sebarang pengesahan, sebaliknya pengasas Vida Beauty Sdn.Bhd itu meminta agar orang ramai mendoakan agar kedua-dua belah pihak dapat mencapai kata sepakat, sekali gus merealisasikan apa yang dirancang.

Isu pengurusan kewangan dan gaji pemain antara yang menjadi kontroversi dalam pasukan Kelantan sepanjang musim 2015, dan ia dikatakan menjadi punca penurunan prestasi pasukan yang pernah digelar gergasi dalam arena bola sepak tanah air itu.

Kejayaan Datuk Seri Vida, yang merupakan anak kelahiran Kelantan, menaja beberapa program hiburan mencetuskan idea dalam kalangan penyokong TRW agar beliau membantu bekas juara treble 2012 itu agar mampu kembali memberi saingan pada musim hadapan.

Catat Ulasan Blogger

 
Top