0
A+ A-
Datuk Aliff Syukri akui terkesan dengan ekonomi sekarang | Siapa sangka jutawan kesihatan dan kecantikan D’Herbs Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, turut terkesan dengan keadaan ekonomi negara sekarang.‎

Berkongsi di laman Facebooknya hari ini, Datuk Aliff atau lebih sinonim dengan panggilan abang terlajak laris berkata perkara paling terkesan adalah kejatuhan nilai ringgit yang mana menyaksikan perniagaannya turut menimpa ‘nasib malang’ lapor Sinar Harian.

Datuk terlajak laris pun terbeban dengan keadaan ekonomi sekarang

“Saya perlukan bantuan, sedih dan tak sangka dengan ringgit Malaysia, bila duit kita jatuh teruk nak pergi luar negara pun menyampah dan tak ada mood. Semua benda mahal, nak beli itu ini pun susah.

“Secara jujur abang amat terasa dengan kenaikan kos kehidupan masa kini yang naik mendadak dan kasihan pada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, sebenarnya abang pun terasa perkara paling sukar bila perniagaan abang melibatkan ‘import eksport’,” tulisnya di laman Facebooknya hari ini.

Katanya lagi walau apa pun beliau berharap agar ekonomi negara kembali stabil seperti suatu ketika dahulu.

Sinar Harian sebelum ini pernah melaporkan bahawa ramai rakyat Malaysia kini terbeban dengan peningkatan kos sara hidup, yang mana ada di antaranya terpaksa melakukan dua tiga pekerjaan bagi menangani kos sara hidup yang kian mencekam kini.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top