0
A+ A-
Sazali Samad digantung 4 tahun akibat gagal ujian doping | Jaguh bina badan negara, Sazali Samad dikenakan hukuman penggantungan selama empat tahun selepas gagal ujian doping.

Sazali, 48, disahkan positif menggunakan steroid.

Beliau gagal dalam ujian rawak yang dilakukan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) pada 1 September lalu lapor Mstar.

Gagal ujian doping, Sazali Samad digantung 4 tahun

Sazali sepatutnya bertanding pada Kejohanan Bina Badan Asia ke-49 di Taskent, Uzbekistan bermula 29 September hingga 5 Oktober lalu.

Beliau berhadapan dengan penggantungan selama empat tahun bermula 22 September di mana tarikh keputusan ujian diketahui.

Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak 10 kali iaitu di Melaka pada tahun 2000, Moscow, Rusia (2004), Ostrava, Republik Czech (2006), Jeju, Korea Selatan (2007), Dubai (2009), Varanasi, India (2010), Melaka (2011), Bangkok, Thailand (2012) dan Budaors, Hungary (2013), Mumbai, India (2014).

Beliau yang digelar ‘Orang Besi Malaysia’ juga pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia iaitu 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top