0
A+ A-
Kejutan iPhone 6s Buat 39 Bekas Kawan Sekelas | Ahli perniagaan mengejutkan 39 bekas rakan sekelasnya apabila menghadiahkan iPhone 6s pada majlis perjumpaan yang diadakan pada hujung minggu lalu. Lelaki itu dengan nama Zhang mengagihkan telefon bimbit berkenaan pada majlis makan malam di Ningbo, di wilayah ini.

Setiap telefon berwarna emas sekurang-kurangnya berharga RMB5,288 (RM3,517) dan ia ditempah khas dengan ukiran “Sebagai memperingati Kelas 1998 Sekolah Rendah Beilun Sanshan” pada bahagian belakang lapor mStar.

Hadiahkan iPhone 6s Untuk 39 Bekas Kawan Sekelas

Media tempatan melaporkan, mereka sedang menikmati hidangan yang dihoskan Zhang apabila kotak berisi iPhone itu diletakkan di meja jamuan.

“Ambil satu setiap seorang sebagai cenderahati,” kata Zhang.

Gambar hadiah iPhone itu dimuatnaik salah seorang rakannya pada laman blogmikro Weibo.

“Dia bukannya nak menunjuk-nunjuk kekayaannya tetapi sekarang bersikap pemurah kerana dia seorang yang baik dan menghargai persahabatan kami,” kata salah seorang rakan sekelasnya.

Zhang bukannya individu pertama yang menghadiahkan iPhone sebagai cenderahati kepada bekas rakan sekelasnya. Pada 2014, taikun negara itu, Qian Fenglei memberikan 14 bekas rakan kelasnya di sekolah menengah iPhone 6s sebelum produk itu dilancarkan di China.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top