0
A+ A-
Identiti Suami Adira Akhirnya Terbongkar | Penyanyi, Adira, 24, mengesahkan dia kini isteri kedua kepada Datuk Seri selepas berkahwin dengan lelaki itu kira-kira tiga minggu lalu.

“Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak lapor Harian Metro.

Identiti Suami Adira Akhirnya Didedahkan
Gambar yang dimuat naik di Instagram suami Adira.

“Perincian berkenaan majlis kami, saya tak mahu kongsi kerana lebih baik pihak lelaki yang memaklumkan perkara itu,” katanya kepada Harian Metro sebentar tadi.

Berita mengatakan Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkahwin dengan lelaki itu tersebar sejak Khamis lalu.

Perkara itu dikongsi isteri pertama lelaki terbabit apabila wanita menggunakan nama Datin Red membuat pendedahan di ruangan komen gambar dimuat naik di Facebook miliknya bahawa dia dan Adira berkongsi suami.

Difahamkan, suami Adira adalah ahli perniagaan.

(Baca: Adira kongsi detik bahagia saat Datuk Seri melamarnya)

Catat Ulasan Blogger

 
Top