0
A+ A-
Cristiano Ronaldo tunai impian anak yatim Lubnan | BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo menyambut kehadiran seorang anak yatim, Haidar dari Lubnan di Stadium Santiago Bernabeu, semalam.

Haidar yang baru berusia 3 tahun itu kehilangan ibu bapanya bulan lalu dalam satu serangan bom.

Impian Haidar untuk bertemu Ronaldo menjadi kenyataan pada Jumaat apabila dia diberi peluang untuk bertemu legenda bola sepak tersebut lapor Astro Awani.

Impian anak yatim Lubnan untuk bertemu Cristiano Ronaldo tertunai

Perkara ini diumumkan oleh kelab Real Madrid menerusi satu kenyataan di laman web kelab itu.

Gambar Ronaldo memeluk Haidar yang menyarung jersi Real nombor 7 turut disiarkan laman web tersebut.

Difahamkan Haidar menerima hadiah jersi itu daripada presiden kelab, Florentino Perez.

Susulan serangan ngeri di ibu negara Lubnan bulan lalu, cerita Haidar dan gambarnya disemat pada baju Real Madrid untuk membawa kesedaran di mata dunia.

Malah, sejak insiden itu, kelab tersebut telah berusaha mencari kanak-kanak berkenaan untuk menguruskan pertemuan bagi merealisasikan impiannya bertemu Cristiano Ronaldo.

Cristiano Ronaldo tunai impian anak yatim Lubnan

Catat Ulasan Blogger

 
Top