0
A+ A-
Jurutera dan pengurus projek didakwa penyebab kren tumbang di Makkah | Beberapa individu yang dituduh menjadi penyebab nahas kren tumbang di Masjidilharam yang mengakibatkan 107 maut dan 238 jemaah cedera, akan berdepan beberapa dakwaan termasuk menyebabkan kehilangan nyawa, kecuaian dan tidak mematuhi langkah keselamatan.

Antara yang dituduh adalah jurutera dan pengurus projek syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek terbabit.

Insiden kren tumbang di Makkah, Jurutera dan pengurus projek bertanggungjawab

Sumber menyatakan, pendakwa raya awam bercadang menuntut hukuman lebih berat ke atas defendan susulan siasatan dan dakwaan yang bakal dikeluarkan.

Siasatan awal mendedahkan syarikat yang terbabit dalam pelaksanaan projek tidak mematuhi langkah keselamatan yang diarahkan.

Siasatan juga mendedahkan beberapa tambahan punca nahas dan beberapa nama dimasukkan dalam fail kes terbabit.

Ramai jurutera berpengalaman, mengkhusus dalam perniagaan pembinaan diambil bekerja untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai penggunaan kren dan langkah keselamatan diperlukan ketika operasi. – Agensi
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top