0
A+ A-
Jawapan Najib Razak bila ditanya kenapa harga barang dan perkhidmatan naik mendadak | Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tampil menjawab soal kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang terus diperkatakan dan semakin menghimpit rakyat negara.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan bagi meringankan beban rakyat.

“Saya amat memahami isu kos sara hidup rakyat. Namun, perlu saya menerangkan punca sebenarnya mengapa sesetengah harga barang dan perkhidmatan naik,” katanya melalui catatan di blognya, hari ini lapor Sinar Harian.

Isu harga barang dan perkhidmatan naik mendadak, ini jawapan Najib Razak

Mutakhir ini, laporan-laporan media banyak mengangkat soal kos sara hidup hingga menyebabkan ramai yang terpaksa membuat dua kerja bagi menampung pendapatan.

Najib dalam kenyataan itu berkata, faktor luar yang memberi tekanan terhadap ekonomi negara akan menyebabkan pendapatan negara berkurangan.

“Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan kerajaan berkurangan. Dalam konteks ini, dijangka lebih daripada RM30 bilion pada tahun hadapan. Maka sukarlah untuk kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi.

“Analoginya, sekiranya kita sebagai seorang individu diturunkan atau dikurangkan pendapatannya, maka terbataslah kebolehan dan kemampuan kita untuk berbelanja.Samalah dengan kerajaan, terbatas dalam kebolehan serta kemampuan apabila pendapatan negara berkurangan,” katanya.

Menurutnya lagi, susulan pendapatan negara berkurangan, para pelabur akan menjual Ringgit untuk melabur di negara yang tidak terkesan dengan kejatuhan harga minyak.

“Kesannya, nilai Ringgit kita menguncup menyebabkan harga barangan import menjadi lebih mahal. Jika dilihat, trend Ringgit kita hampir selari dengan trend harga minyak.

“Namun, ada pihak yang cuba mengelirukan masyarakat tentang punca sebenar kenaikan harga barang dan kejatuhan Ringgit. Mereka cuba menyalahkan kerajaan semata-mata, walhal kerajaan sedang berusaha dengan gigih mencari jalan bagi mengawal harga barang yang naik akibat faktor luaran,” katanya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top