0
A+ A-
Astro akhirnya jawab isu ‘Vaganza’ merujuk ‘faraj wanita’ | Stesen televisyen berbayar, Astro menegaskan penggunaan perkataan ‘vaganza‘ pada nama pertandingan nyanyian Gegar Vaganza (GV) bukan merujuk kepada istilah ‘faraj wanita’ seperti didakwa segelintir pihak yang menyifatkan perkataan itu tidak sesuai dan kurang sopan, baru-baru ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli selaku penyiar rancangan berkata, istilah vaganza adalah singkatan daripada perkataan Inggeris, Extravaganza yang merujuk pada acara yang gah, besar dan gemilang lapor Harian Metro.

Isu ‘Vaganza’ merujuk ‘faraj wanita’, ini jawapan Astro

“Sudah tentu kami sedar mengenai isu ini tetapi bagi kami vaganza merujuk pada acara yang gah dan gemilang serta bersesuaian dengan visi mencipta fenomena baru pada program itu.

“Cuma kami membuat sedikit perubahan kreatif dengan meletakkan perkataan gegar untuk memberikan impak yang lebih besar dan dekat dengan penonton,” katanya.

Kekecohan timbul di laman sosial selang sehari selepas pertandingan akhir GV musim kedua pada malam Ahad lalu yang mempersoalkan penggunaan perkataan itu sebagai nama rancangan.

Menurut dakwaan beberapa penonton di Facebook, istilah vaganza merujuk kepada ‘plethora of vagina’ atau ‘koleksi faraj wanita’ dalam bahasa Malaysia.

Ia membawa maksud yang berlainan dan bertentangan daripada perkataan ‘extravaganza’ yang bermaksud acar gah dan gemilang.

Timbul juga sindiran dalam kalangan pengguna media sosial yang mendakwa dengan pemilihan istilah itu, GV adalah pertandingan koleksi kemaluan wanita.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top