0
A+ A-
Pelajar Athiest tanya kenapa percaya pada Tuhan, ini jawapan pensyarah UKM | Nukilan ini kami siarkan hasil perkongsian seorang pensyarah di UKM, Noor Zareena Zakaria.

Cikgu… Kenapa cikgu percaya pada Tuhan?

Ringkas soalannya… Tp bg saya soalan spontan dalam kelas tajuk perayaan besar masyarakat melayu di malaysia; hari raya puasa, bukanlah soalan y ringkas. Walaupun di luar tajuk perbincangan tapi sebagai cikgu, saya perlu menjawab.

Pernahkah kamu fikir, manusia paling pandai di dunia ini tetap tak mampu mencipta robot yang sama seperti manusia, ada perasaan marah, sayang, gembira.. Robot yang dicipta bergantung pada remote control atau button on/of.

Jawapan pensyarah UKM apabila pelajar Athiest bertanya soal ketuhanan

Pernahkah kamu fikir bagaimana langit sebegini besar tapi tidak runtuh walaupun tidak ada tiang..

Sedangkan bangunan yang hanya satu tingkat sahaja atau hanya sebesar sebuah bilik pasti perlu tiang, pasti perlu batuan konkrit untuk berdiri tegak… Kamu pernah nampak tiang y pegang langit??

Pernahkah kamu fikir semua tu… Siapa yang mengawal semua ini… Sudah pasti ada suatu y jauh lebih hebat.. Jauh lebih pandai dari manusia… 

Binatang kah? Pasti bukan..

Tumbuhan kah? Juga bukan..

Pasti itu Tuhan!!!

Aish… Berpeluh cikgu jawa nak ckp bahasa inggeris….

Soalan y pertama.. Diteruskan lagi tanpa berhenti.. 4 jam waktu untuk tajuk ini.. Tapi tidak cukup…

Semuanya kerana mereka baru kagum kenapa muslim berpuasa….

Akhir kelas, cikgu jawa ni berpesan… Saya ditugaskan mengajar budaya.. Saya minta maaf kalau kelas ini lehih kepda kelas agama.. Saya tidak berniat membuat kamu tidak selesa.. Selepas ini kite sama2 bertukar info tentang agama kite.. Mungkin ini lebih adil. Sukar untuk pisahkan budaya melayu dengan islam kerana melayu malaysia majoriti islam. Walaupun ramai yang hanya nama sahaja islam.

Jawapan anak murid saya ringkas tp buat saya terdiam..

Cikgu, kami tidak ada masalah, kami tidak ada agama. Sangat menarik tajuk ini. Nampaknya terlalu banyak saya salah faham tentang islam.

Terasa berat tanggungjawab di atas bahu saya ni, cikgu jawa a.k.a acik ina.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top