0
A+ A-
Siapa pemilik kereta yang dipandu lawan arus berhampiran Tol Setia Alam? | WARGA laman sosial Facebook dikejutkan dengan sebuah video yang menunjukkan sebuah kereta dipandu lawan arus, hari ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran Tol Setia Alam lapor Sinar Harian.

Kereta lawan arus hingga menyebabkan nahas dikecam

Menerusi rakaman yang dimuatnaik oleh Malaysian Respond Team, kereta tersebut yang bewarna kelabu dipandu melawan arus di lorong kanan dan menyebabkan kenderaan dari arah berlawanan terpaksa mengelak dari bertembung.

Bagaimanapun, sebuah MPV berwarna putih dilihat hilang kawalan akibat cuba mengelak dari bertembung dan mengalami kemalangan.

Kejadian tersebut menarik kecaman berpuluh ribu pelayar di laman Facebook.

“Antara paling bodoh punya driver. Tolong tarik lesen dia. Gantung seumur hidup lesen dia tu. Bodoh!,” kata Syukri.

“Apa bodohnya dia punya pasal, orang lain jadi mangsa,” kata Putra.

Waktu sebenar kejadian tersebut gagal dipastikan.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top