0
A+ A-
Peniaga Low Yat risau pelanggan Melayu lari ke Mara Digital | Dengan kewujudan Low Yat kedua yang dikenali sebagai mara Digital nampaknya telah merisaukan peniaga di Low Yat dimana menurut sumber Mara Digital akan menawarkan harga lebih rendah.

Memetik laporan Malay Mail Online, dengan perkembangan ini ia telah merisaukan peniaga di Low Yat kerana mereka mungkin akan kehilangan pelanggan Melayu.

Tambahan pula, menurut tinjauan Malay Mail Online, pengunjung Melayu mulai berkurangan sejak insiden kekacauan berlatarkan sentimen kaum pada Julai lalu.

Kewujudan Mara Digital Buat Peniaga Low Yat Bimbang

“Secara jujur, ya sudah tentu kami sedikit bimbang. Sejak insiden itu, semakin kurang pelanggan Melayu. Malah hingga ke hari ini,” kata Kent, 27, seorang eksekutif jualan kanan Acer.

Seorang pekerja di Low Yat, dikenali sebagai nama Mariza yang merupakan eksekutif jualan Oppo berkongsi sentimen sama. Menurutnya, harga barangan di kedua-dua pusat IT mungkin tidak banyak bezanya tetapi sentimen kaum boleh menjauhkan orang Melayu dari Plaza Low Yat.

“Boikot masih berlaku. Kami melihat orang Melayu semakin sedikit di sini selepas insiden itu. Saya rasa kami tidak perlu berbohong.

“Ada kebimbangan [jika keadaan] ini akan berterusan, kami akan tewas kepada gedung baharu itu,” katanya kepada Malay Mail Online.

Pada Selasa lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah merasmikan pembukaan Mara Digital selepas menteri itu berjanji membuka sebuah pusat IT khas untuk golongan Bumiputera.

Idea untuk membuka Mara Digital tercetus selepas berlaku salah faham susulan kes curi telefon di Plaza Low Yat sehingga menimbulkan pergaduhan di antara kumpulan Melayu dan peniaga Cina pada bulan Ramadan lalu.

Pusat baru gajet dan teknologi telekomunikasi itu yang terletak di aras tiga Menara Mara di Jalan Raja Laut di sini dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.

Diuruskan oleh syarikat WGN Scan Sdn Bhd, pusat itu menempatkan 11 kedai konsep, 20 kiosk, dua penyedia rangkaian internet, dan lima pengendali rangkaian telefon semuanya dimiliki Bumiputera.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top