0
A+ A-
Cerita Sebenar Orang Utan Hamil Diperkosa Pekerja Zoo didedahkan | RAMAI pembaca terkejut ‘beruk’ dengan berita berkenaan seekor orang utan yang hamil akibat diperkosa oleh seorang penjaga zoo seperti yang dilaporkan berlaku di Zoo Surabaya, Indonesia baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, dipercayai sumber berita utama yang melaporkan perkara aneh itu, sebenarnya adalah sebuah portal parodi yang sering mengada-adakan cerita pelik waima ia tidak pernah berlaku pun lapor Mynewshub.

Kisah Sebenar Orang Utan Bunting Diperkosa Pekerja Zoo

Berita berkenaan telah dimuat naik oleh World News Daily Report yang lazim dikenali sebagai portal berita satira kerana sentiasa menghidangkan kisah sensasi dan kadang kala secara realiti ia tidak pernah terjadi.

Portal berpusat di Britain itu dikatakan gemar mereka-reka cerita unik yang tidak masuk akal, demi meraih view tinggi daripada pembaca di seluruh dunia dan menjadi rujukan kebanyakan media antarabangsa lain.

Hakikatnya cerita itu disahkan sebagai palsu oleh ketua Zoo Surabaya, Heri Purwanto ketika dihubungi sendiri akhbar berpengaruh Indonesia, The Jakarta Post setelah laporan tersebut menjadi viral di seluruh dunia.

“Ia memang berita rekaan tidak berasas malah kami tidak pernah ada pelihara orang ut

an betina yang bernama Marilyn dan pengarah zoo ini juga bukan bernama Abdoel Hakim,” jelas beliau.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top