0
A+ A-
Lelaki bunuh diri dengan tarik picu senapang dalam mulut | JOHOR BAHRU – Seorang lelaki nekad memasukkan laras senapang ke dalam mulut sebelum menarik picu selepas gagal melarikan diri daripada kepungan, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi itu, berlaku selepas polis menerima maklumat dari orang awam mengenai seorang lelaki yang membawa senjata jenis pump gun yang berlegar di sekitar Jalan Desa Kempas lapor Sinar Harian.

Lelaki nekad tarik picu senapang dalam mulut

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Assistan Komissioner Mohd Taib Ahmad berkata, dua anggota dengan sebuah kereta peronda digegaskan ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat berkenaan.

“Hasil rondaan pihak kami akhirnya menemui suspek lelaki dalam lingkungan 40an sedang berjalan di hadapan sebuah restoran di Jalan Desa Kempas dengan membawa senapang berisi peluru hidup.

“Susulan itu, anggota polis kami terus mengarahkan suspek berkenaan untuk menyerah diri dan meletakkan senjatanya, namun suspek enggan berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menghantar anggota bantuan dengan lima buah kereta peronda bergegas ke tempat kejadian bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

“Setibanya bantuan, saya difahamkan suspek mula panik tetapi masih tidak mahu menyerah diri malah telah melepaskan satu das tembakan ke udara.

“Suspek kemudiannya bertindak memasukkan laras senjata itu ke dalam mulut sebelum menarik picu menyebabkan dirinya mati di tempat kejadian,” katanya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top