0
A+ A-
Demi menjadi imam, lelaki ini sanggup lepaskan gaji RM10,000 | Demi mengejar kebahagiaan akhirat, seorang pemuda sanggup meninggalkan kerjayanya di sektor minyak dan gas dengan pendapatan mencecah sehingga RM10,000.

Shah Rizal Mat Harun, 30, sebaliknya berkata dirinya menemui ketenangan apabila menjadi imam sepenuh masa di Masjid Tepian Putra, di sini, walau kini berpendapatan hanya RM1,400 sebulan lapor Malay Mail.

Lelaki sanggup lepaskan gaji RM10,000 demi menjadi imam

“Tidak dapat dinafikan gaji yang saya terima itu agak lumayan dan saya boleh hidup dengan selesa, namun entah kenapa saya tidak dapat merasakan ketenangan, ada kalanya saya tidak tahu ke mana wang itu dihabiskan.

“Saya mula mencari peluang untuk mendalami ilmu agama, namun bekerja di tengah lautan menyukarkan saya berbuat demikian sehingga saya membuat keputusan untuk berhenti kerja,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Tambahnya, ketika mula-mula mahu berhenti kerja, ramai yang mempersoalkannya tidak bersyukur dengan pendapatan selumayan itu.

Malah keluarganya juga agak sukar diyakinkan pada awalnya, katanya, sebelum mereka dapat menerima keputusan itu dan menyokong penuh tindakannya.

Isterinya juga menyokong keputusannya itu dan tidak pernah mendengar rungutan kesal daripadanya.

“Wang bukan segala-galanya dan tidak boleh membeli kebahagiaan, jika keputusan yang dibuat itu mampu menggembirakan hatinya, saya sebagai isteri memberi sokongan seratus peratus,” kata Nur Farhana Mohamad Sehat, 22.

Shah Rizal berkata minatnya menjadi imam timbul semasa di bangku sekolah lagi dan pernah mengimamkan solat tarawih di surau berhampiran rumah ketika berusia 17 tahun.

Dia kemudian mengikuti pengajian pondok di selatan Thailand sebelum cuba memohon menjadi imam secara tetap.

Namun, rezeki ketika itu masih belum menyebelahinya, beliau bekerja dengan syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Hatyai, Thailand selama empat tahun.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top