0
A+ A-
Beraninya Lelaki Ini Tunjuk Isyarat Lucah dan Penumbuk Pada Sultan Johor | Seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun selepas menunjukkan isyarat lucah ke arah konvoi VVIP yang mengiringi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Kilometer 95, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Yong Peng.

Lelaki berusia 40 tahun yang menaiki Perodua Viva itu berbuat demikian ketika Sultan Johor dalam perjalanan pulang dari lawatan di Muar menuju ke Johor Bahru pagi semalam lapor SuaraTV.

Lelaki Tunjuk Isyarat Lucah Pada Konvoi Sultan Johor Terima Padah

Difahamkan, selain menunjukkan isyarat lucah, lelaki terbabit juga menunjukkan isyarat penumbuk memaksa beberapa pegawai dan anggota polis yang mengiringi Sultan Johor ketika itu menahan lelaki terbabit.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan lelaki terbabit telah ditahan dan diserahkan ke Balai Polis Ayer Hitam untuk tindakan lanjut.

Beraninya Lelaki Ini Tunjuk Isyarat Lucah dan Penumbuk Pada Sultan Johor

“Suspek ditahan reman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 kanun yang sama,” katanya.

Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Manakala di bawah kanun yang sama bagi Seksyen 509 boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Satu sumber polis menyatakan hasil siasatan awal kes tersebut, lelaki terbabit dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibu bapanya di Parit Raja, Johor.

Beraninya Lelaki Ini Tunjuk Isyarat Lucah dan Penumbuk Pada Sultan Johor

Suspek mengakui perbuatannya tetapi menyatakan tidak menyangka orang yang berada dalam kereta yang diiringi konvoi VVIP itu ialah Sultan Johor.

Beberapa hari sebelum ini di media sosial viral kisah seorang pelayar internet yang berbangga berjaya menyekat konvoi VVIP dengan mengabaikan arahan polis pengiring supaya memberi laluan.

Spekulasi di media sosial mengaitkan kejadian yang menimpa Sultan Johor itu mungkin akibat pengaruh buruk dari kisah viral tersebut.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top