0
A+ A-
Kerana nak tolong Melayu, Ismail Sabri dihina dan dicerca | Apabila saya melancarkan Mara Digital yang khususnya untuk usahawan Melayu/Bumiputera, sambutan dari orang Melayu/Bumiputera amat menggalakkan.

Sekurang-kurangnya usahawan bumiputera yang selama ini tidak mendapat tempat di IT Mall yang lain dapat diberi peluang.

Walau bagaimanapun, ada ‘pihak lain’ yang menentangnya dari awal Low Yatt 2 diumumkan, lebih-lebih lagi bila Mara Digital diumumkan.

Ada yang memberi masa tiga bulan sahaja untuk Mara Digital ini survive. Saya menjangkakan rintangan-rintangan, tetapi paling menyedihkan apabila ada di kalangan orang Melayu sendiri yang menghentam saya mengenai Mara Digital ini. 

Luahan Ismail Sabri dihina dan dicerca kerana nak tolong Melayu

Saya dipersalahkan apabila memberi pengecualian sewa 6 bulan kepada penyewa. Tujuan saya untuk untuk kurangkan bebanan kepada penyewa, kerana kebiasaannya tempat baru memerlukan masa untuk dikenali dan maju.

Orang ini bimbang jika free rental, peniaga akan turunkan harga dan tentu akan memberikan saingan kepada peniaga-peniaga di mall lain. Lagi pun, kononnya harga telefon bimbit sudah ‘fix’, jadi tidak mungkin turun harga. Ini pun kenyataan beliau yang bercanggah. Dia lupa bahawa bukan telefon bimbit semata-mata dijual di sana tetapi juga aksesori produk IT yang boleh diturunkan harga. 

Bagi saya, terserah kepada kebijaksanaan peniaga. Yang saya hairan, sepatutnya kita suka harga turun. Sepatutnya kita suka free rental untuk membantu orang Melayu. Tetapi saya dihina dan dicerca kerana nak menolong Melayu.

Saya sangat mengharapkan sokongan orang Melayu/Bumiputera untuk menjayakan Mara Digital ini. Perancangan saya untuk buka di seluruh negara bagi melahirkan lebih ramai usahawan Melayu dalam bidang IT. Saya tak kisah kalau tak mahu sokong tetapi jangan cuba menggagalkan usaha ini.

Walau apa pun halangan dan rintangan, ianya tidak akan melemahkan semangat saya tetapi saya akan jadikan ini sebagai cabaran untuk memperkuatkan lagi semangat saya bagi meneruskan usaha membela usahawan Melayu/Bumiputera ini.

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top