0
A+ A-
Remaja tertikam sepupu sendiri dengan keris ketika persembahan silat di majlis kahwin | Seorang remaja maut selepas tertikam dengan keris ketika membuat pertunjukan silat dalam satu majlis perkahwinan di Kampung Patau-Patau di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd Amil Zulkarnain, 17, mengalami luka di bahagian dada dan dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk rawatan lapor Berita Harian.

Majlis kahwin cemas apabila persembahan silat bertukar tragedi

Beliau disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di jantung yang menyebabkan pendarahan yang banyak. Pemangku Ketua Polis Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pihak hospital jam 1.23 tengah hari semalam. 

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tertikam oleh sepupunya sendiri berumur 17 tahun. “Mangsa dan suspek berada di majlis perkahwinan dan membuat pertunjukan silat menggunakan keris.

Ketika melakukan aksi silat, suspek dipercayai tertikam mangsa menyebabkan mangsa mengalami luka. “Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan, bagaimanapun tidak dapat menyelamatkannya. “Suspek sudah ditangkap dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.  Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top