0
A+ A-
Kepala babi 'dibalas' pihak masjid dengan jamuan | Sebuah Masjid yang terletak di utara Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini kecoh apabila sebuah trak dikatakan telh melontar kepala babi di hadapan pintu hadapan Masjid di mana kes berkenaan turut disiasat oleh pihak FBI.

Kamera letar tertutup CCTV Masjid Al-Aqsa tersebut telah berjaya merakam tindakan berkenaan melempar kepala babi berkenaan tetapi gambarnya sedikir kabur.

Bagaimanapun tindakan tersebut membuatkan Masjid yang juga berfungsi sebagai bangunan Persatuan Islam Al-Aqsa itu telah menerima banyak sokongan penduduk sekitar dan luar tidak kira agama di mana sebagai tanda sokongan mereka telah menghantar e-mel, kiriman bunga, malah makanan selepas peristiwa itu tersebar di Internet.

Masjid dibaling Kepala babi

Sebagai menghargai sokongan masyarakat, pihak Masjid telah mengadakan jamuan untuk masyarakat setempat sebagai tanda terima kasih pihak Masjid Al-Aqsa.

Memetik laporan AP, majlis berkenaan diadakan di kawasan parkir di mana dihadiri masyarakat berbilang bangsa dan agama, kesemuanya menyatakan sokongan terhadap masjid atas insiden yang telah berlaku.

“Terima kasih yang istimewa atas sokongan, kerjasama, dan kasih sayang anda semua.”

“Kami menyambut anda semua dengan aman dan keamananlah matlamat, harapan, dan keinginan kami.” ujar Imam Mohamed Shehata dalam bahasa Arab yang kemudiannya diterjemah dalam bahasa Inggeris.

Ratusan jiran tetangga, agamawan, keluarga, dan orang awam memenuhi ruang parkir masjid di Germantown Avenue dan Jefferson Street untuk acara tengah hari itu.

Kesemua tetamu memakai tanda nama yang bertulis nama masing-masing dalam bahasa Arab. Mereka semua dijamu dengan sosej, burger, dan falafel.

Para remaja kelihatan bermain bola keranjang dan bola sepak. Organisasi seperti Council on American Islamic Relations (CAIR) membuka kaunter penerangan untuk menyebar informasi.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top