0
A+ A-
Salahkah ucapan Krismas? Ini jawapan Maya Karin | Ketika masyarakat masih berbalah tentang sambutan perayaan antara pelbagai agama dari aspek akidah, pelakon Maya Karin Roelcke mengingatkan peminat bahawa kepercayaan dan niat itu lebih penting dalam hidup.

Menjawab kritikan beliau menyambut Krismas bersama keluarga beliau, pelakon kacukan Jerman itu berkata ucapan itu sebagai tanda sayang dan cinta sesama manusia malah bersyukur mempunyai keluarga yang akrab walaupun daripada pelbagai budaya dan kepercayaan agama lapor Malay Mail.

Maya Karin ulas isu haram ucapan Krismas

“Tiada siapa yang lebih mengetahui segala isi hati kira melainkan Yang Maha Esa.

“Bagi saya, kita perlu ada sifat rendah diri, tolak ansur dan saling menghormati,” katanya dipetik laporan akhbar Harian Metro, hari ini.

Pelakon filem “Pontianak Harum Sundal Malam: itu berkata, keluarganya tidak pernah menjadikan perbezaan agama sebagai isu penting yang menjadi penghalang untuk menunjukkan rasa kasih sayang antara satu sama lain.

“Musim perayaan apa pun waktu untuk keluarga berjumpa dan beramah-mesra bagi mengeratkan lagi silaturrahim.

“Apabila dijemput, saya cuba luangkan masa buat mereka, lebih-lebih lagi keluarga yang berada di merata pelosok dunia,” katanya.


Maya Karin baru-baru ini memuat naik gambar di Instagram menyambut Krismas bersama keluarga selepas 15 tahun tidak pulang ke kampung halaman di Jerman beserta ucapan “Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya di seluruh dunia”.

“Siapa cakap tidak boleh beri ucapan [Krismas], sayang? Sultan Johor pun sampaikan ucapan [baginda],” balasnya apabila ada pengikut beliau yang mempertikai tindakannya melafazkan ucapan itu.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top