0
A+ A-
Misteri Adolf Hitler didakwa memiliki hanya satu buah zakar terungkai | SATU rekod perubatan menunjukkan diktator Jerman Adolf Hitler hanya mempunyai satu testis atau buah zakar, menurut sebuah media Jerman.

Hal ini sekaligus menunjukkan lagu Hitler Has Only Got One Ball gubahan F.J. Ricketts sebagai propaganda tentera Inggeris ada benarnya.

Misteri Adolf Hitler dikatakan hanya memiliki satu buah zakar akhirnya terjawab
Rekod perubatan sahkan Adolf Hitler cuma miliki satu buah zakar

Khabar angin tentang Adolf Hitler kehilangan sebelah testisnya sudah lama tersebar, kononnya berlaku ketika Pertempuran Somme dalam Perang Dunia Pertama lapor Astro Awani.

Namun begitu, satu rekod perubatan penjara (yang mengurung Hitler atas dakwaan penderhakaan selepas cuba merampas bandar Berlin pada tahun 1923) menunjukkan dia menghidap right-side cryptorchidism, suatu penyakit yang menyebabkan testis tidak turun ke dalam skrotum.

Catatan perubatan doktor yang disangka hilang itu muncul semula dalam sesi lelongan pada tahun 2010 sekaligus dirampas oleh pihak berkuasa.
Pakar sejarah Peter Fleischmann yang mengkaji rekod perubatan tersebut mengatakan pegawai perubatan berpengalaman pada ketika itu serta-merta mengenal pasti penyakit tersebut, lapor akhbar Jerman Bild.

(Baca: Kisah Ngeri Wanita Tukang Rasa Makanan Hitler)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top