0
A+ A-
Spoiler ini membantu keinginan menonton filem Star Wars anda tidak rosak | Bagi para peminat Star Wars, beberapa hari pertama tayangan bakal menjadi mimpi ngeri untuk mereka melayari Internet.

Sama ada di Facebook, Twitter, atau mana-mana plaform media sosial — plot, adegan penting, dan pandangan tentang The Force Awakens akan membanjiri dunia maya.

Hal ini pasti mengecewakan buat peminat yang terpaksa menonton filem tersebut lebih lewat gara-gara kehabisan tiket atau kekangan jadual harian lapor Astro Awani.

Bagaimanakah caranya untuk anda mengelak sebarang spoiler namun dalam masa yang sama dapat melayari Internet seperti biasa?

Ada beberapa perisian yang boleh membantu anda.

Nak elak mood menonton filem Star Wars rosak? Pasang spoiler ini.

UNSPOILER CHROME EXTENSION

Perkara pertama yang boleh anda lakukan ialah memasang Unspoiler Chrome extension pada pelayar Chrome. Perisian ini membenarkan anda memberitahu topik yang anda tidak ingin tahu, kemudian segala tajuk dan isi kandungan artikel yang berkaitan akan ditutup dengan garisan merah.

FB Purity for Facebook & Tweetdeck

Kedua-dua perisian ini membenarkan anda menyenaraikan mana-mana perkataan seperti “Star Wars” yang tidak akan dipaparkan di akaun Facebook dan Twitter anda.

Anda juga boleh menapis akaun pengguna Facebook tertentu yang anda fikir akan membocorkan plot dan perkembangan menarik dalam filem ketujuh francais Star Wars itu, agar kemaskini status mereka tidak terpapar pada suapan berita.

Sekiranya anda masih ragu-ragu, cara terbaik pastinya mengelakkan diri dari mengakses Internet secara mutlak sebelum anda ke pawagam untuk menonton filem ini. Namun dalam era masa kini yang bernafas dengan media sosial, pilihan ini mungkin mustahil.

Catat Ulasan Blogger

 
Top