0
A+ A-
Tolong pelanggan ditipu di Kompleks Kota Raya, tempoh tahanan Aktivis PPIM dilanjutkan | Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi, bercadang menyaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa menahannya secara salah baru-baru ini.

Dia yang merupakan Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM berkata, tindakan tersebut akan diambil jika membawa faedah dan kebaikan kepada pelbagai pihak setelah mendapat nasihat peguam persatuan berkenaan lapor Utusan.

Nasib Aktivis PPIM tolong pelanggan tertipu di Kompleks Kota Raya

“Tidak dinafikan saya begitu trauma apabila ditahan lokap selama 27 jam, termasuk tiga jam diambil keterangan tetapi saman ini bukan kerana saya trauma atau malu.

“Saya berharap kejadian ini tidak melemahkan semangat para aktivis lain untuk terus memperjuangkan hak-hak pengguna,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas sidang Isu Tahanan Aktivis PPIM yang dipengerusikan Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan di sini hari ini.

Sidang akhbar tersebut bagi menjelaskan peristiwa sebenar yang berlaku apabila Muhammad Yusuf ditahan oleh polis atas tuduhan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 384/506 ugutan dan kekerasan.

Mengulas kejadian pada 14 Disember lalu, Muhammad Yusuf berkata, dia hanya memenuhi permintaan seorang pembeli, Dipres Nasution Mohd. Arifin yang ditipu oleh peniaga telefon di Kompleks Kota Raya untuk menuntut kembali bayaran sebanyak RM5,000.

“Setelah Dipres berjaya membuat tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna dan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak dapat menemani beliau ke Kota Raya, saya sendiri menemani Dipres dan kami berjaya mendapatkan semula wang dan memulangkan kembali empat set telefon kepada peniaga tersebut,” katanya.

Katanya, 10 hari selepas itu, dia diarah datang memberikan keterangan kepada pihak polis dan ditahan selepas tiga jam memberi keterangan.

Lebih mengejutkannya, pihak polis membuat permohonan melalui Mahkamah Majistret untuk menambah tempoh tahanan lokap terhadapnya selama tujuh hari seolah-olah telah melakukan satu kesalahan dan jenayah yang sangat berat.

“Bagaimanapun, saya difahamkan lanjutan tahanan tersebut adalah untuk membuat kawad cam terhadap saya dan pegawai yang terbabit sedang bercuti.

“Mujurlah mahkamah melepaskan saya dan menyifatkan tahanan lokap terhadap saya itu adalah satu kesalahan kerana saya dipanggil polis untuk memberi keterangan semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Dipres berkata, beliau kesal terhadap tindakan pihak polis yang menahan Muhammad Yusuf sedangkan aktivis tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top