0
A+ A-
IS keluar fatwa, boleh ambil organ tahanan hidup-hidup | Mengambil organ tahanan yang masih hidup, demi menyelamatkan nyawa orang Islam, dibenarkan walau pembedahan itu membahayakan nyawa tahanan, kata fatwa kumpulan pengganas Negara Islam (IS).

“Nyawa dan organ orang murtad tidak perlu dihormati dan boleh diambil secara bebas,” kata fatwa bernombor 68 yang diwartakan jawatankuasa kajian dan fatwanya pada Januari lalu.

“Organ yang menamatkan nyawa tahanan jika diambil: Cara pengambilan [organ] itu juga tidak dilarang,” fatwa itu menyebut, seperti dipetik Reuters semalam.

Agensi berita itu meneliti teks terjemahan pasukan khas Amerika Syarikat yang merampas dokumen-dokumen tersebut dalam satu serangan di timur Syria pada Mei lalu lapor Malay Mail.

Organ Tahanan yang Masih Hidup Dibenarkan Ambil Oleh IS

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sendiri kesahihan maklumat tersebut.

Dokumen itu bagaimanapun tidak membuktikan IS terlibat secara langsung dengan pengambilan dan penyeludupan organ. Tetapi ia memberikan hujah agama untuk berbuat demikian seperti tafsiran keras IS yang selalunya ditolak oleh kebanyakan umat Islam.

Sebelum ini, Iraq mendakwa kumpulan pengganas itu terlibat mengambil organ manusia dan menyeludupnya demi mengaut keuntungan.

Dokumen itu juga tidak menjelaskan maksud “murtad,” walaupun IS membunuh dan memenjarakan bukan Islam, termasuk Kristian, dan juga orang Islam yang tidak menyokong aliran perjuangan mereka.

Fatwa-fatwa IS itu menggunakan teks, prinsip dan asas perundangan Islam. Misalnya “fatwa nombor 64” yang bertarikh 29 Januari 2015 menjelaskan hukum merogol.

Fatwa itu menjelaskan bila seseorang lelaki IS boleh dan tidak boleh mengadakan hubungan seks dengan hamba wanita.

Serangan di Syria pada Mei lalu mengorbankan pegawai tinggi kewangan IS, Abu Sayyaf dan isterinya pula ditangkap.

Abu Sayyaf, atau nama sebenarnya Fathi Awn Jildi Murad, seorang pengganas kelahiran Tunisia.

Penangkapan isterinya itu membolehkan rampasan sejumlah tujuh terabait data daripada cakera keras komputer, CD, DVD dan kertas dokumen, kata Brett McGurk, pegawai khas Presiden Barack Obama dalam Gabungan Sejagat Menentang IS kepada agensi berita itu.

Catat Ulasan Blogger

 
Top