0
A+ A-
Dirogol guru Sejarah di tempat tusyen | Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai dakwaan seorang guru tuisyen yang merogol pelajarnya untuk tampil ke hadapan.

Beliau berkata guru sejarah itu dipercayai juga menyerang pelajar lain secara seksual dan beliau menggalakkan mereka untuk turut tampil ke hadapan.

Pelajar diperkosa cikgu Sejarah di tempat tusyen

“Jika anda sendiri atau rakan-rakan anda telah mengalami nasib yang sama, sila tampil dan buat laporan polis, atau datang kepada saya, atau pergi ke parti politik yang terdekat.

"Saya nasihatkan rakan-rakan sekerja dan ahli keluarga suspek ini - selepas baca berita ini - sila yakinnya untuk menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam atau sesiapa yang mempunyai maklumat tentang di mana dia berada, sila berikan kepada polis atau berikan kepada saya," katanya pada sidang media di pusat khidmatnya di Segambut hari ini.

Lim berkata beliau bertindak sebagai peguam kepada bekas pelajar sebuah pusat tuisyen yang terkenal di Kota Kemuning, di mana jenayah itu didakwa berlaku beberapa kali pada tahun 2012.

Pada usia 14 tahun, mangsa ketika itu adalah seorang gadis bawah umur dan mengikuti pelajaran sejarah di pusat tuisyen berkenaan.

Selepas kelas pada bulan Februari tahun itu, Lim berkata guru itu mengarahkan semua pelajar untuk meninggalkan kelas kecuali mangsa, manakala abang mangsa diminta menunggu di luar.

Guru itu kemudian dilaporkan cuba mencabuli pelajar itu yang berjaya melepaskan dirinya.

Pada minggu yang berikutnya pada bulan Mac, guru itu sekali lagi mengarahkan pelajar yang berjumlah sekitar 40 orang untuk meninggalkan kelas.

Guru itu didakwa merogol pelajar berkenaan di dalam kelas tersebut dalam tempoh kira-kira 15 minit.

"Dia begitu takut. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan dia takut kehilangan guru ini, kerana dia sangat terkenal dalam pengajaran sejarah dan mangsa sangat lemah (dalam mata pelajaran itu).

"Jadi rogol itu berlaku lagi sebanyak dua kali lagi," kata Lim, sambil menambah bahawa mangsa diperkosa sehingga Mei 2012 .

Katanya, mangsa terus belajar di pusat tuisyen berkenaan sehingga dia menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2013.

Sementara mendapat ulasan, Malaysiakini tidak menyiarkan nama guru dan juga pusat tuisyen yang didakwa terlibat itu.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top