0
A+ A-
Majlis perkahwinan pelampau yahudi rai kematian rakyat Palestin | Satu rakaman video yang merakamkan aksi pelampau-pelampau Yahudi yang meraikan kematian rakyat-rakyat palestin dan bersorak atas serangan bom api yang meragut tiga nyawa pada musim panas yang lalu mengejutkan ramai pihak, termasuklah pihak berkuasa Israel sendiri.

Pelampau yahudi berpesta rai kematian rakyat Palestin

Memetik laporan dari Haaretz, rakaman tersebut disiarkan semasa satu laporan oleh Channel 10 kelmarin dan ia memaparkan imej seorang anak muda Israel menari sambil memegang pistol serta pisau di sebuah majlis perkahwinan.

Pelampau yahudi berpesta rai kematian rakyat Palestin
Sedutan gambar dari video terbabit.

Selain itu, seorang lelaki lain turut dilihat menikam gambar seorang bayi dari Palestin, Ali Dawabsha, 18 bulan yang terbunuh selepas rumah mereka sekeluarga di bakar di kampung Duma dekat Tebing Barat pada Julai lalu.

Majlis perkahwinan pelampau yahudi rai kematian rakyat Palestin
Keluarga Dawabsha yang terbunuh.

Difahamkan, video keraian itu dirakam di sebuah majlis perkahwinan pelampau Yahudi pasangan Israel, yang dilaporkan berkawan dengan suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan keluarga Dawabsha.

Seorang pemimpin Israel menulis di Twitter : “Kepercayaan Yahudi saya tidak sama dengan kepercayaan mereka yang menari diatas darah-darah bayi yang terkorban”
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top