0
A+ A-
Raja Lawak Popular Puaskan Nafsu Pelik, Curi Pakaian Pelajar Perempuan | TOKYO – Polis Jepun pada Sabtu berjaya cekup seorang pelawak popular negara itu, Kenichi Takahashi, 44 tahun; yang disyaki mencuri puluhan pakaian seragam pelajar perempuan untuk memuaskan nafsu fantasi seks dirinya.

Aktor komedi terkenal itu merupakan anggota duo kumpulan King of Comedy dan mereka pernah memenangi pertandingan tahunan kebangsaan King of Contest pada 2010 yang disertai pelbagai kumpulan lawak tempatan lapor Mynewshub.

Pelawak Popular Kantoi Curi Pakaian Seragam Pelajar Perempuan Untuk Puaskan Nafsu

Menurut laporan media Jepun, pihak polis menemui sejumlah 70 beg plastik besar mengandungi puluhan uniform pelajar perempuan khasnya blazer dan skirt dari beberapa buah sekolah menengah sekitar bandar raya Tokyo.

Lebih mengejutkan, para penyiasat turut mengesyaki ada sebilangan pakaian terbabit yang dicuri dari sekolah-sekolah di mukim Saitama dan Kanagawa berdasarkan kepada kepelbagaian logo institusi terlibat sendiri.

Takahashi dalam pada itu mengaku sudah menjalankan aktiviti tersebut lebih 20 tahun lalu dengan memecah masuk sekolah menggunakan sebuah trak milik dirinya sebelum mencuri pakaian pelajar perempuan terbabit.

Dia mendakwa suka menghidu bau aroma semula jadi pada pakaian berkenaan bagi merangsang nafsu seks dan membayangkan sedang mengadakan hubungan badan dengan tubuh pelajar seksi yang diimpikannya itu pula.

Kegiatan Takahashi bagaimanapun terbongkar selepas kamera litar tertutup di sebuah sekolah berjaya merakam trak suspek sekali gus membawa penangkapan pelawak sensasi itu pada Sabtu.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top