0
A+ A-
Maslinda Yusof, ibu Zahirah MacWilson dedah suami gatal layan ustazah | Ibu kepada Zahirah MacWilson iaitu Maslinda Yusof baru-baru ini telah mendedahkan identiti sebenar wanita yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya malah wanita tersebut juga bergelar ustazah menurut Maslinda.

“Inilah agaknya contoh syaitan bertopengkan manusia. Seorang suri rumah tangga, isteri juga ibu kepada dua orang anak. Juga seorang ustazah yang selayaknya dihormati tetapi sebaliknya bagi ustazah yang saya maksudkan ini, melayan suami orang sehingga rumah tangga saya yang dibina 22 tahun hancur berkecai”

Pendedahan Mengejutkan Ibu Zahirah MacWilson, Ustazah Punca Rumahtangga Hancur

“Saya tidak meletakkan 100% kesalahan kepada ustazah ni saja sebab saya tahu bekas suami saya pun gatal orangnya tapi saya tidak sangka dan tidak faham perempuan yang bergelar ustazah yang mengajar kita ke jalan Allah boleh berperangai begini,” jelas Maslinda di Instagram lapor Rotikaya.

Tambahnya lagi, wanita berkenaan sebelum ini sudah memohon maaf dan berjanji tidak mahu mengulangi perkara tersebut bersama bekas suaminya namun sehingga kini masih menghubungi Zainol. Malah, dakwanya kini wanita tersebut cuba menabur fitnah dengan menghantar mesej berkaitan Zahirah kepada Zainol tanpa usul perisa.

Maslinda dan Zainol telah mendirikan rumah tangga 22 tahun dan telah pun bercerai pada 9 November lalu. Pasangan ini mendapat empat orang anak termasuk pelakon Zahirah MacWilson. Sementara itu, menurut mStar Online, Zahirah sendiri enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Maslinda Yusof, ibu Zahirah MacWilson dedah suami gatal layan ustazah
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top