0
A+ A-
Perangai Kuat Tidur Jururawat HSI Dibongkar | Viral di laman sosial gambar seorang jururawat yang dikatakan tidur semasa bertugas. Gambar tersebut telah disebarkan oleh pesakit yang melawati hospital tersebut.

Berikut merupakan gambar berserta status yang mengecam jururawat terbabit.

Pendedahan Mengejutkan Mengenai Jururawat HSI yang 'Pemalas'

Namun, kami mahu anda semua baca penjelasan dari seorang doktor ini. Fahamilah situasi mereka sebelum mengkritik.

Perangai Kuat Tidur Jururawat HSI Dibongkar

Saya merujuk kepada status seorang facebooker yang menulis seperti gambar tersebut.

Tuduhan seperti ini adalah tuduhan tidak perlu dan berniat menyebarkan persepsi buruk terhadap penjawat awam.  Ia diambil secara sorok2 dan kemudian diviralkan di media sosial untuk dimaki hamun berduyun2 oleh masyarakat awam yang tidak berpengetahuan. 

Masyarakat harus faham bahawa Jabatan Kecemasan Malaysia dan seluruh dunia mengamalkan konsep #triage. Triage bermaksud saringan. Setiap kes yang hadir akan dinilai darjah keseriusan kes. Jika kes tersebut kritikal, mereka akan dimasukkan ke zon merah yang mana rawatan akan diberikan SERTA MERTA dan secara agresif tanpa perlu menunggu. 

Jika separa kritikal, mereka akan dimasukkan ke zon kuning yang mana rawatan SEGERA akan diberikan tanpa perlu menunggu. 

Kes2 tidak kritikal, kes BUKAN KECEMASAN dan kes2 kaki MC yang lain akan diletakkan di zon Hijau. Di zon hijau, sememangnya perlu menunggu kerana Jabatan Kecemasan mengutamakan kes2 yang benar2 kecemasan. Jabatan Kecemasan tidak beroperasi dgn konsep First Come First Serve seperti restoran.  Kami beroperasi dengan konsep, The Worst Will Be Treated First! 

Malah KPI telah ditetapkan oleh KKM bahawa 70% daripada kes zon hijau mestilah dilihat oleh doktor dalam tempoh 90 minit. KPI ini dicapai oleh hampir semua jabatan kecemasan negara hatta yang tersibuk seperti Hospital Kuala Lumpur. 

Apa yang ditulis oleh facebooker di dalam gambar di bawah adalah prosedur standard jabatan kecemasan di zon Hijau yang mana, pesakit perlu mendaftar di kaunter utama (primary triage) dan kemudian menunggu untuk dinilai di kaunter secondary triage. Di secondary triage, pesakit akan ditemubual ringkas (basic history taking), diambil vital signs seperti tekanan darah, kadar denyutan nadi, bacaan oksigen darah SpO2, suhu badan dan sebagainya.

Pemeriksaan ringkas juga akan dilakukan termasuk ECG jika perlu. Kadang kala rawatan asas juga akan diberi seperti mencuci luka, injeksi tetanus, pemasangan anduh dan juga pemberian ubat penahan sakit. Ini adalah prosedur standard. Dan difahami masa di secondary triage (ruang di mana didakwa jururawat wanita yang sedang “tidur” ini) akan memakan masa yang lebih lama berbanding kaunter primary triage. 

Setelah selesai urusan di secondary triage, pesakit perlu mendaftar di kaunter pendaftaran, di sinilah bayaran RM 1 akan dikutip dari pesakit/waris. Setelah itu pesakit akan menunggu untuk dipanggil berjumpa doktor mengikut nombor giliran yang telah diberikan kepada mereka. Kadang kala di zon hijau juga terdapat kes2 priority utama (contoh, bayi dan anak kecil yang demam dan juga orang2 tua) yang akan dilihat lebih awal berbanding kes kaki MC yang lain. Jadi konsep first come first serve tidak terpakai hatta di zon hijau jabatan kecemasan. Harap maklum. 

Baik, selesai menjawab tentang proses aliran pesakit di jabatan kecemasan. Kini menjawab pula tuduhan pada gambar bahawa petugas perubatan “tidur”. 

1. Melihat kepada gambar ini adalah jelas kelihatan bahawa insiden berlaku pada waktu malam. Ini adalah kerana lampu telah dipadamkan. Hanya pada waktu malam sahaja lampu akan dipadamkan di ruang2 yang tidak memerlukan penggunanaan elektrik bagi tujuan penjimatan elektrik. 

2. Masyarakat harus faham bahawa petugas perubatan juga adalah manusia. Kami juga penat, letih, sakit, demam, mengantuk, lapar dan dahaga. Apabila tidak bekerja di zon kritikal atau separa kritikal dan ketika tiada pesakit, kami akan menggunakan ruang tersebut untuk berehat secara bergilir2. Rehat seperti ini adalah perlu kerana bekerja syif malam adalah amat memenatkan.

Mereka akan bermula kerja bermula jam 9 malam hingga ke jam 8 pagi berikutnya. Apabila pulang ke rumah, tidak bermakna mereka boleh tidur kerana terdapat tanggungjawab pada keluarga pula yang mereka terpaksa lakukan seperti memasak dan menjaga anak2. Dan syif malam bukan hanya sehari tetapi akan berterusan untuk beberapa hari. Jadi anda boleh bayangkan kepenatan mereka dan itulah pentingnya mereka berehat pada kesempatan yang ada demi keselamatan pesakit juga sebenarnya. 

3. Petugas kesihatan yang penat dan letih akan mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk melakukan kesilapan ketika merawat. Ini adalah fakta. 

Juga, betapa ramai kami telah kehilangan kakitangan kerana terlalu mengantuk dan penat ketika pulang ke rumah dari syif malam hingga meninggal dunia dek nahas jalanraya. Saya secara peribadi telah kehilangan 5 orang kakitangan saya yang cukup berdedikasi yang meninggal dunia pulang ke rumah setelah tamat syif malam akibat mengantuk. Kami membayar dengan nyawa dan darah demi berkhidmat untuk negara. 

4. Ruangan dalam gambar ini adalah tempat di mana pesakit dipanggil ke secondary triage (ada microphone yang kelihatan). Ia bukan secondary triage! Adalah mustahil ruangan gelap itu adalah ruangan secondary triage yang memang merupakan ruangan sibuk yang tidak akan dipadamkan lampu padanya. 

5. Tidak ada bukti bahawa jururawat tersebut sedang tidur. Beliau hanya menyandarkan kepalanya ke atas meja yang menunjukkan beliau hanya berehat seketika dan akan kembali bekerja segera setelah beliau rasa lebih sihat dan segar. Kebiasaannya kami akan mengambil nap seperti ini dalam 10-15 minit sahaja bagi tujuan mengecas kembali tenaga dan bekerja penuh semangat selepas dari itu. Beliau tidak tidur nyenyak siap dengan selimut, bantal dan kelambu seperti persepsi yg cuba digambarkan penulis status. 

6. Tidak ada unsur pengabaian tugas yang berlaku kerana sungguhpun beliau sedang berehat, kelihatan 2 orang kakitangan (seorang jururawat lain dan seorang MA) yang masih bertugas menggantikan tugas beliau di ruangan yang sama. MA itu kelihatan sedang mahu menggunakan microphone bagi tujuan memanggil pesakit. 

Justeru itu, perbuat menjadi paparazi dengan mengambil gambar penjawat awam tanpa izin dan meviralkan tanpa tanggungjawab bagi tujuan memburukkan penjawat awam adalah tidak wajar dan perlu dipandang berat oleh kerajaan. 

Sebelum ini terdapat perbuatan kurang ajar seseorang yang mengambil gambar doktor yang sedang berehat dan diviralkan di Mexico untuk dimaki hamun oleh orang ramai. Para doktor seluruh dunia telah bangkit dengan mengupload gambar mereka tidur ketika bertugas (tanpa pesakit) bagi tujuan mempertahankan doktor Mexico tersebut. 

Bagi perkhidmatan kritikal yang bertugas di luar waktu pejabat seperti petugas hospital, polis, bomba dan sebagainya, memang adalah merupakan tugas mencabar dan memerlukan pengorbanan dan kami rela melakukannya demi negara. 

Kami adalah juga manusia. Walaupun anda memandang kami seperti robot, kami tetap juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan serta limitasi fizikal yang lain seperti anda. Kami tidak mengharapkan ucapan terima kasih dari anda. Tetapi cukuplah sekadar sedikit pengertian dan tidak memfitnah dan memaki hamun kami di media sosial.

Nota: Kerajaan secara aktif senantiasa mahu memperbaiki masa menunggu pesakit hatta di zon hijau jabatan kecemasan. Ini termasuk pengenalan konsep LEAN healthcare yang telah berjaya di beberapa hospital perintis. Hospital Sultan Ismail adalah merupakan antara hospital terbaru yang dimasukkan ke dalam projek tersebut. Bersabarlah.

Dr Abdul Rahman Abdul Kadir

Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top