0
A+ A-
Kanak-kanak Palestin diserang 20 ekor anjing yang dilepaskan peneroka Israel | Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun diserang dengan ganas oleh seekor anjing milik seorang peneroka Israel.

Mangsa lebam di beberapa bahagian badan itu terpaksa melakukan pembedahan di muka menstrukturkan semula bahagian wajahnya.

Karmel Moayyad Shkair yang tinggal bersama dengan keluarganya di bandar Azawiyeh, sebelum itu keluar bermain dengan rakan-rakannya di luar rumah.

Namun mereka tiba-tiba dihampiri oleh sekumpulan lelaki Israel yang menceroboh kawasan itu dengan membawa sekumpulan anjing yang besar lapor The Hype Media.

Peneroka Israel sengaja lepaskan 20 ekor anjing serang budak Palestin

Mereka dengan sengaja melepaskan anjing baka German Shepherd yang terus menyerangkan mangsa. Sekumpulan lelaki Israel itu hanya mentertawakan mangsa yang cuba melarikan dirinya dari gigitan anjing tersebut sebelum diselamatkan oleh keluarganya. 

Menurut ibunya, Thikra Ashkira, ketika kejadian itu berlaku mereka berada di dalam rumah sementara anaknya bermain dengan rakan-rakan di luar rumah. 

“Tiba-tiba terdengar jeritan anaknya di luar. Saya terus berlari keluar dan melihat anak saya diserang oleh 20 ekor anjing sambil disaksikan oleh sekumpulan peneroka Israel itu. Banyak kesan darah di sana sini,” katanya.

Doktor berkata, mangsa bernasib baik kerana masih bernyawa meskipun luka yang dialaminya agak teruk. 

Mo’ayed Shkir, ayah mangsa berkata, kawasan kampung mereka berdekatan dengan kawasan penempatan haram peneroka tersebut. Sudah banyak kali penduduk kampung diserang oleh peneroka serta anjing mereka. 

“Kami selalu cuba memastikan anak-anak kami berada di dalam rumah tetapi tidak dapat sentiasa mengawal mereka keluar dari rumah. Mereka juga mempunyai hak untuk bermain bersama rakan-rakan mereka. Pada masa itu, dia hanya keluar sekejap sahaja sebelum diserang,” katanya.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top