0
A+ A-
Pengarah Perhilitan ditahan atas dakwaan curi sumbu badak | Polis menahan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor atas dakwaan mencuri sebuah artifak berupa sumbu badak milik Muzium Diraja Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, suspek ditahan semasa beliau menyerah diri di balai polis Johor Baru Sentral kira-kira pukul 9.40 malam Jumaat lapor Mstar.

Pengarah Perhilitan curi sumbu badak

Beliau berkata, suspek berusia 46 tahun itu telah mencuri sumbu badak berusia 100 tahun yang ditempatkan di pejabat muzium di Bukit Timbalan pada 21 Oktober lalu.

Wan Ahmad berkata, suspek menghadiri satu mesyuarat bersama Jabatan Pelancongan Johor semasa beliau melihat artifak berkenaan dan memutuskan untuk melarikannya.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) secara jelas menunjukkan suspek telah mengambil sumbu badak tersebut,” katanya kepada pemberita.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top