0
A+ A-
Juruterbang bingung pesawat MH132 yang dijadualkan ke Kuala Lumpur tiba-tiba diarah ke Melbourne | Juruterbang Malaysia Airlines (MAS) tertanya-tanya kenapa pesawatnya yang berlepas dari Auckland, New Zealand menuju laluan lebih selatan walaupun dijadual ke Kuala Lumpur.

Kejadian ganjil itu, yang sedang disiasat, berlaku pada hari sambutan Krismas, lapor akhbar negara itu, New Zealand Herald lapor Malay Mail.

Pesawat MH132 yang dijadualkan ke KL tiba-tiba diarah ke Melbourne buat Juruterbang bingung

Penerbangan MH132 yang sepatutnya bergerak ke utara, untuk ke Malaysia, diarah menggunakan laluan lebih selatan, arah Australia. 

Perkara tidak disangka itu disedari juruterbang MAS selepas lapan minit berlepas dari Auckland.

Pesawat Airbus A330 berlepas jam 2.23am Jumaat lalu (7.23am waktu Malaysia) bergerak menuju Melbourne, lapor akhbar itu lagi.

Pusat kawalan Auckland Oceanic memaklumkan kepada juruterbang MAS terbabit laluan penerbangan itu diberikan sebuah agensi lain Airways, yang mengawal trafik utara untuk New Zealand dan Pasifik Selatan.

Laporan media menyebut MH132 bagaimanapun meneruskan penerbangan menuju Laut Tasmania tanpa masalah keselamatan sebelum mengambil laluan ke barat laut, menuju Kuala Lumpur.

Airways mengesahkan ia sedang menyiasat insiden pelik tersebut. Seorang jurucakapnya dilaporkan berkata pasukan keselamatan dalaman agensi itu akan menyiasat perkara tersebut.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top