0
A+ A-
Punca 6 kereta terbakar di stesen LRT Taman Jaya didedahkan | Polis menafikan khabar angin bahawa sebuah bom menjadi punca kebakaran yang memusnahkan enam kenderaan di tempat letak kereta berdekatan stesen LRT Taman Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din menafikan dakwaan tersebut dan berkata ia berpunca daripada perbuatan khianat lapor Mstar.

Punca sebenar enam kereta terbakar di stesen LRT Taman Jaya

“Tiada bom. Kami sedang menyiasat kes ini,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memaklumkan di laman Twitternya mengenai insiden tersebut.

“Terdapat seseorang yang membakar kereta di tempat letak kereta di LRT Taman Jaya, Pj. Tiada letupan bom. @PDRM sedang menyiasat kes khianat ini,” tulisnya.

Imej kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 petang itu menjadi viral di WhatsApp sejurus selepas kejadian tersebut.

Kejadian itu dikaitkan dengan khabar angin bahawa sebutir bom dipasang di lokasi tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa selama setengah jam untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top