0
A+ A-
Lelaki disaman sejuta dolar kerana didakwa makan rakan sekapal | Seorang warga El Salvador yang selamat setelah setahun sesat di lautan kini disaman AS$1 juta kerana didakwa telah makan rakan sekapal dalam usahanya untuk kekal hidup dalam tempoh tersebut, lapor USA Today.

Pada musim luruh 2012, Salvador Alvarenga mengupah Ezequiel Cordoba untuk mengiringinya ke sesi memancing di pesisir pantai Mexico.

Bot kecil yang dinaiki mereka berdua dipukul gelombang lalu tenggelam ketika ribut berlaku. Semua peralatan komunikasi dan bekalan makanan turut hilang, menurut Alvarenga lapor Astro Awani.

Saman sejuta dolar buat lelaki yang makan rakan sendiri

Tambah Alvarenga, rakan sekapalnya meninggal dunia selepas beberapa bulan di lautan. Cordoba menjadi semakin lemah dan akhirnya menemui ajal selepas memakan seekor burung. Alvarenga turut menegaskan dia mencampak mayat Cordoba ke sisi bot selepas itu.

Menurut Alvarenga yang kini berdepan perbicaraan mahkamah, dia kekal hidup sepanjang situasi ekstrem tersebut dengan meminum darah penyu, air kencing sendiri, dan memakan mana-mana burung atau ikan yang sempat ditangkap.

Keluarga Cordoba bagaimanapun tidak mempercayai cerita Alvarenga dan menuntut bayaran pampasan kerana mendakwa dia telah memakan Cordoba.

Menurut peguam Alvarenga, Ricardo Cucalon, besar kemungkinan keluarga Cordoba menyaman anak guamnya kerana Alvarenga baru-baru ini meraih keuntungan melalui buku 483 Days karya Jonathan Franlin yang mengabadikan kisah ikhtiar hidup Alvarenga.


Alvarenga diselamatkan tahun lalu ketika dia tiba di Kepulauan Marshalls kira-kira 10,460 kilometer merentas Lautan Pasifik dari pesisir pantai Mexico, tempat dia memulakan perjalanan.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top