0
A+ A-
Misteri ribuan ikan mati di Tasik Citra | Sumber pendapatan nelayan di Tasik Citra di sini terjejas teruk apabila beribu-ribu ikan di tasik berkenaan mati tiba-tiba.

Pegawai perikanan dan saintis juga bingung dengan punca menyebabkan bertan-tan ikan mati dan terapung di tasik itu.

Tasik Citra bau busuk akibat ribuan bangkai ikan
BERIBU-ribu bangkai ikan yang ditemui terapung di Tasik Citra

Bagaimanapun, hujan lebat di Jakarta sejak beberapa hari lalu dipercayai menjadi punca.

Jabatan perikanan memberitahu, hujan lebat mungkin menyebabkan suhu air meningkat mendadak.

Keadaan itu mungkin menyebabkan paras oksigen dalam air menurun menyebabkan ikan di tasik berkenaan mati.

Sekumpulan nelayan dan sukarelawan semalam dilihat mengumpul bangkai ikan untuk dilupuskan bagi mengelak tasik itu tercemar.

Saintis juga mengambil sampel bangkai ikan dan air tasik untuk mencari punca kematian.

Seorang nelayan, Bambang, 47, berkata, pada mulanya dia melihat beberapa ekor ikan mati dan terapung.

“Beberapa jam kemudiannya jumlah ikan yang mati meningkat mendadak dan mengeluarkan bau yang sangat busuk.

“Kejadian ikan mati seperti ini pernah berlaku, tetapi kali ini jumlahnya sangat banyak,” katanya. – Agensi
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top