0
A+ A-
Identiti Menteri kahwin dengan gadis 28 tahun | Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Selangau, Timbalan Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun, 61, dilaporkan telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis berusia 28 tahun, Jacklyne Anthony pada Sabtu lalu.

Memetik laporan portal Borneo Post Online, majlis perkahwinan pasangan berkenaan berlangsung meriah dengan disertai keluarga terdekat, teman-teman serta rakan-rakan politiknya.

Timbalan Menteri kahwini gadis 28 tahun

Majlis itu diadakan di Kingwood Resort Mukah, bertemakan warna putih dan merah jambu, itu bermula dengan Jacklyne berjalan diiringi bapanya, Anthony Bilong sebelum upacara pertukaran cincin antara pasangan terbabit sambil disaksikan hadirin yang hadir.

Pada sebelah petang, pasangan itu berjalan ke dalam dewan diiringi oleh muzik ‘bertaboh.

Sementara pada majlis makan pula ia diwarnai, dengan persembahan daripada artis-artis Iban dan penari popular.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Bumiputra dan Penan), Datuk John Sikie, Setiausaha Politik di Jabatan Perdana Menteri, Adriana Chumang Nyambong, setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Dr Richard Will Uban, Pemanca Robert Nanta, ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat, lapor Borneo Post Online.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top