0
A+ A-
Undang-Undang Tak Masuk Akal di Norway | Sebuah undang-undang unik dan pelik di sebuah kawasan di Norway. Mungkin inilah undang-undang paling gila yang pernah anda dengar, bahawa sesiapa yang meninggal dunia dianggap melanggar undang-undang.

Sebuah bandar terpencil yang berada di kepulauan Arctic di Svalbard bernama Longyearbyen, Norway, mempunyai satu undang-undang yang akan dianggap aneh.

Di tempat tersebut, ada undang-undang yang melarang siapa saja meninggal dunia. Bagi yang 'melanggar' dikategorikan melanggar undang-undang. Yang pastinya menjadi satu persoalan besar, kenapa tidak boleh meninggal dunia di Longyearbyen?

Undang-Undang Paling Gila di Norway

Menurut Wikipedia dan BBC ( 2008 ) , tanah di Longyearbyen merupakan tanah permafost . Dalam ilmu geologi , permafost adalah suatu jenis tanah yang terletak di lintang tinggi atau yang berada di sekitar kutub utara dan selatan . Tanah jenis ini berada di titik beku pada suhu 0 darjah Celsius.

Tanah - tanah jenis permafost akan muncul atau terbentuk ketika suhu sekitar mencapai rata - rata -2 darjah Celsius . Tanah permafost biasa ditemui di sebahagian besar Siberia , Kanada , Alaska dan Greenland.

Kembali ke masalah undang - undang tidak boleh meninggal dunia di Longyearbyen itu , kerajaan yang berkepentingan di kawasan tersebut mempunyai alasan kenapa sesiapa saja dilarang mati dan dikebumikan di sana.

Pekara tersebut kerana mayat yang dikuburkan di Longyearbyen tidak boleh hancur atau reput seperti mayat - mayat yang dikuburkan di kawasan lain pada umumnya.

Sebagai penyelesaiannya , bagi siapa saja yang meninggal atau kerana sakit , kemalangan atau lain , mayat yang bersangkutan akan diangkut dengan menggunakan kapal atau helikopter dan dibawa ke pulau utama Norway.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top