0
A+ A-
Rahsia Wanita yang Dulunya Kuli dan Kini Business Woman Berjaya | Sekarang ni nak cari kerja tak boleh memilih sangat sebab peluang untuk dapat pekerjaan di Malaysia ni makin terhad. Tak kisah la korang kerja sampai ke luar negara sekali pun, peluang pekerjaan masih lagi tipis.

Kebanyakan syarikat ingin rekrut orang yang berpengalaman sahaja. Hmm.. Tapi itu lah.. Kali ni kami nak kongsi kisah seorang wanita yang pernah bekerja sebagai kuli sampai lah ada perniagaan sendiri. Padanya bonus bukan terletak pada gaji, tetapi…

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Roslinawati Misdi.

Wanita Ini Kongsi Rahsia Bagaimana Dia Kini Boleh Menjadi Usahawan Berjaya

Pernah kerja di kedai kereta terpakai

Masa habis diploma,
aku pernah kerja kedai kereta terpakai.
Kedai kereta tapi saiz dia adalah sekangkang aku je kot.
Tanah lot disewa tepi jalan utama.
Kereta ada lah berbelas biji.
Itu je modal dia berniaga

Bos nama Mangka.
Tak pandai cakap melayu.
Tapi gila punya terer closing customer yang 98% melayu

Garang nak mampus.
Cakap biasa-biasa pun macam nak jerit.
Kalau marah lagi la menjerit hahaha....
Masa tu hingusan sangat.
Aku ikut je apa bos suruh.

Superior aku ialah adik bos. Perempuan. Amoi.
Baik tapi strict.
Dia pregnant. Jadi cari pengganti masa nak cuti bersalin.
Jadi aku bakal ganti dia. Berapa bulan entah. Dah lupa.

Masuk kerja tiada kemudahan seperti..

Masuk kerja, aku tak ada meja.
Tak ada kalkulator pun.
Komputer apatah lagi.
Nasib baik ada kerusi.
Ofis pun dalam cabin

Kerja collect installment kereta
haa masa ni baru tau, kereta yang bank tak bagi buat loan, kedai kereta bagi loan. interest 10% tau.
sian pakcik2 beli kereta yg dah hazab.
bayar bulan2 lagi, layan kereta rosak lagi.

‘Ofis buruk sekangkang beruk’

Kerja aku masa tu senang je.
Lebam je lebih.
Kena issue cover note insurance.
Bukak file kereta, Buat claim, buat akaun, buat gaji.
Sempat la jengah, gaji amoi tu RM3,000
Gaji aku ganti dia : RM400
Seddehh hahaha...
Patutlah Amoi cakap, ramai masuk kerja,
2 hari tahan lepas tu lari.
Setiap minggu ada orang ganti-ganti.
Lari berganti-ganti la haha..

Aku pandang keliling.
Ofis buruk. Sekangkang beruk.
Aku kena mop.
Aku kena sapu.
Aku kena lap cermin.
Aku juga kena bukak cheque.
Kejap lagi kawan bos datang, aku jugak kena bancuh teh haha...

Tak ada bilik meeting.
Tak ada meja meeting.
Malah tak pernah ada meeting hehehe...

Aku tak ada komplen.
Aku buat kerja sebab nak tau macam mana Cina kerja.
Aku layankan je kasar-garang-mapiauw diaorang tu.

Bonus bukan pada gaji, tetapi..

Sebenarnya kerja senang.
Sebab tak payah fikir.
Semua arahan dia dah leter siap-siap.
Salin je apa dia cakap. Pastu buat.
Tak payah perah otak.
Pakai tenaga je. Jadi mesin untuk run proses kerja.

Tapi segala rahsia bisnes cina aku faham habis dah.
Dari bab mulakan bisnes kecik-kecik,
Sampai nak beli tanah harga berjuta.
Padahal kedai dia sekangkang beruk je.
Duit dalam akaun sana sini... fuhh!!

Itu la bonus aku dapat.
Bukan gaji RM400 tu je aku pandang.
Banyak hidden bonus yang kita tak perasan.
Baru aku faham, macam mana bos tak tau baca english,
Boleh ada bisnes buat duit berjuta.
Semua aku hadam.

Kuli bukan kerja yang keji

Gaji bukan masalah kat aku masa tu. Aku memang BERKULI.
Aku tak rasa berkuli tu keji.
Jijik jauh sekali.

Aku anggap proses berkuli tu macam;
aku pergi belajar dengan dia dan depa bayar elaun.
Ko ingat,
Ada orang nak ajar kau free-free?
Masuk U pun bayar beribu tau!
Tu belum tentu berhasil lagi.

Ni kira bagusla ni.
Pergi belajar dengan dia,
Dia bayar gaji.
Sampai masa aku nak berenti sebab nak sambung degree,
Mangka sound: lu berenti mana mau pergi?
Sikalang manyak susah cari kerja.
Apa guna masuk universiti?

Aku sengih sumbing. Tapi tetap berenti.
Bos kata; Lu banyak belajar sini.
Besok boleh buka satu kedai kereta besar dari ini.
Sengih lagi.

Masa tu aku ingat,
Bos tak nak aku berhenti sebab dia leceh nak cari pengganti.
Nanti sapa nak bukak PV
Nak call customer suruh renew insurance, nak cakap Melayu bos tak reti
Tapi hihihi...
Sebenarnya bos sikit pun tak rugi.
Pekerja bersilih ganti.
Bisnes tetap kembang dan maju lagi.
Jangan perasan diri kita ni mahal sangat pada syarikat.

Business makin berkembang

Sampai hari berhenti,
Bos Mangka bagi duit. tee hee hee...
Kira macam graduate la.. dapat hadiah hehe..
Masa kahwin pun dapat angpow beribu RM

Sekarang bisnes Mangka makin kembang.
Tanah yang dulu dia idam-idam nak beli,
Dah jadi tempat parking stok kereta dia.
Maksudnya dah beli la tu..

Dulu,
Masa dia berangan nak beli tu,
aku jeling statement akaun OD dah suku juta negatif
Ntah dia tau baca ke tidak.
Aku je yang jaga semua.
Ada hati pilih-pilih tanah nak beli hihi...

Ternyata anggapan aku meleset la kan.

Seronok tengok ex-boss makin maju.
Mari lihat diri sendiri.
Segala ilmu ada, tinggal nak aplikasi.

‘Terima kasih atas peluang berkuli’

Last week dapat SMS dari Amoi.
Seronok bersembang tapi tak terluah isi hati.

Nak sangat cakap;
Terima kasih banyak Amoi dan Mangka.
Sebab korang garang, cam singa,
Sebab bisnes korang huru hara,
Dari tak tahu untung rugi, sampai teratur segala PV,
Aku belajar banyak seni.
Seni bisnes dan seni kawal diri.

Terima kasih atas peluang berkuli.
Lihat dari mata positif.

Kini dah ada perniagaan sendiri

Takde sebab Allah bawa kita lalui sesuatu fasa.
Pasti ada sesuatu yang perlu kita pelajari.

Positif atau negatif, itu kita yang pilih.
Teruskan komplen atau bangga diri.
Mahukah kita meletakkan diri dalam kumpulan manusia-manusia yang rugi?

pengalaman berkuli, terhasil lah mamakidsjunction.com hari ini
tribute to #‎mamakidsjunctionteam

#‎mamakidsjunction #‎drivenbydreams
#‎makbanyakanak
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top