0
A+ A-
6 Perkara sensitif yang wajib diajar pada anak dara | Ada anak perempuan yang mula melangkah ke dunia ‘ANAK DARA‘? Masa inilah kaum ibu perlu ‘top up’ ilmu lebih bab dunia remaja. Dan mungkin bab ‘datang bulan’.

Biasalah anak gadis kalau pertama kali uzur, mereka akan mengalami perubahan hormon yang mempengaruhi pembentukan fizikal dan emosi mereka.

Apabila beberapa bahagian tubuhnya mula membesar, mulalah dia menjadi tak tentu arah. Semuanya serba tak kena. Pada waktu itu, mungkin mereka akan beranggapan yang tubuh mereka semakin gemuk.

Lucu tetapi inilah kenyataan yang perlu seorang ibu hadapi. Malahan emosinya juga akan berubah ibarat angin Monsun. Sekejap elok, sekejap mengamuk tak tentu fasal. Mula-mula ketawa kemudian menangis teresak-esak. Itu semua normal.

Sebagai seorang ibu, mental kena sentiasa dalam keadaan bersedia.

Menerusi MingguanWanita.my, kami kongsikan kepada anda 6 perkara yang wajib diajar kepada anak dara.

6 Perkara yang wajib diajar pada anak dara

1. Jangan takutkan anak

Bila si anak mengadu tentang haidnya yang pertama, kita tidak boleh nampak terlalu terkejut atau membuatnya menjadi takut.

2. Biar ada batas

Ceritakan pengalaman terbaik apabila sudah menjadi anak dara. Cuba beritahu batas-batas yang harus dipelihara sebagai seorang gadis sunti.

3. Ajar cara beli dan pakai

Ibu perlu tahu untuk berhadapan dengan situasi ini buat kali pertama dan sedia membantu anak gadisnya, walaupun sekecil-kecil perkara. Contoh, mencari tuala wanita yang sesuai. Sama ada yang tebal, nipis, ada haruman teh hijau atau bunga-bungaan, mahupun yang mempunyai ‘sayap’ dan sebagainya. Maklum sajalah, ini pengalaman pertamanya jadi mungkin dia masih teragak-agak untuk mencari jenama dan jenis tuala wanita yang serasi dengannya.

4. Senggugut

Mungkin untuk kali pertama, si anak akan mengeluh dan mengerang kerana tidak tahan sakit perut yang teramat bila diserang senggugut. Ketika inilah si ibu harus menjadi doktor dan jururawat. Sediakanlah segala jenis minyak angin dan ajarilah dia untuk cuba mengawal rasa sakit itu. Jangan sesekali mengajarnya untuk bergantung pada ubat penahan sakit kerana boleh memberi kesan kepadanya pada masa hadapan.

5. Jaga emosi

Percayalah, pertama kali anak perempuan datang haid bukan mudah. Ibu juga akan ikut beremosi kerana mengganggap anaknya sudah dewasa. Kemudian, wujudlah rasa risau tentang pelbagai perkara negatif dan si ibu biasanya akan bersikap over protective terhadap si anak.

6. Cerita positif

Tip terbaik adalah sebelum anak datang haid buat kali pertama, selalu bercerita tentang hal ini dengannya. Ini bagi mengelakkan si anak terlalu terkejut ketika mengalaminya nanti.

Haaaa… bila dah masuk dunia anak dara, mak-mak kenalah selalu nasihatkan anak dara untuk lebih pandai menjaga diri.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top